Thursday 14 May 2015

Susah Nak Cari Pomen Macam Ni

Posted By: readnext - 20:32

Share

& Comment


Seorang pengguna laman sosial berbesar hati berkongsi pengalaman 'manis'nya dibantu oleh pomen berhati mulia yang membantu seikhlas hati nuraninya sebagai seorang saudara seagama.

Menurut beliau, keretanya mengalami masalah (tangki air yang bocor) di Tol Juru Arah Utara dan ketika itu pukul 4 pagi dan semestinya susah nak cari pomen di ketika itu.

Datanglah seorang hamba Allah berhati mulia (pomen) terbabit yang datang untuk membantu dan beliau meyakinkan bahawa beliau memang berkerja membaiki kereta.

Selesai membaiki tangki air yang bocor itu, pomen terbabit hanya meminta derma seikhlas hati dari kereta mangsa yang rosak dan turut meyakinkan beliau hanya mencari rezeki yang halal untuk anak-anak dan tidak seperti pomen lain, beliau tidak pernah berniat mencekik saudara seagama sendiri.

Jadi, kepada anda yang mengalami masalah kenderaan khususnya berdekatan Tol Juru dan kawasan yang berdekatan dengannya, silalah simpan nombor telefon brader ni.

Siapa tahu kan?



About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.