Wednesday 6 May 2015

4 Sebab Sultan Nazrin Disegani

Posted By: readnext - 17:44

Share

& Comment


KUALA LUMPUR: Hari ini (6hb Mei 2015) satu lagi sejarah tercipta di negeri Perak Darul Ridzuan, dengan pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak yang ke-35. Pertabalan tersebut adalah sebagai menggantikan ayahandanya, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mangkat kira-kira setahun lepas.

Pertabalan baginda menerima reaksi positif rakyat Perak khususnya, yang sememangnya mengenali Sultan Nazrin sebagai raja yang berkaliber dan berhemah tinggi.




Mari kita lihat antara 4 sebab mengapa Sultan Nazrin begitu dihormati dan disayangi rakyat.


Bukan hanya kerana baginda memiliki PhD dari Universiti Harvard, tetapi baginda disifatkan sebagai cendekiawan yang sering memberikan buah fikiran dan pendapat bernas dalam pembangunan negeri dan negara.




Baginda bukan wajah asing di kalangan rakyat jelata apabila sering muncul di kampung-kampung, malah baginda juga sering melawat perkampungan Orang Asli. Baginda juga tidak segan silu untuk turut padang membantu apabila ada bencana melanda rakyat.




Antara raja yang sering mendapat perhatian, namun baginda tidak gemar mendedahkan kehidupan peribadinya kepada umum. Perkahwinannya dengan Tuanku Zara Salim pada tahun 2007, dilangsungkan serba sederhana. Baginda juga mahukan upacara pertabalan baginda tidak diraikan secara berlebih-lebihan.


Sesiapa pun tidak boleh menafikan fakta Sultan Nazrin dikurniakan rupa paras yang tampan. Tidak hairanlah sebelum berkahwin, baginda sering dilabel sebagai 'Most Eligible Bachelor'. Jodoh baginda dengan Tuanku Zara disifatkan ramai sebagai 'a match made in heaven'.




sumber : astroawani

About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.