Sunday 10 May 2015

(Isu Tabung Haji) KWAP Juga dilapor Nak Beli Tanah di TRX

Posted By: readnext - 19:32

Share

& Comment



Di tengah-tengah kontroversi panas berkaitan tindakan Tabung Haji (TH) membeli tanah 1MDB pada harga yang tinggi, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] juga dilaporkan membuat urusan yang sama.

Menurut laporan The Star hari ini, KWAP telah bersetuju untuk membeli sebidang tanah dan bangunan yang akan dijadikan ibupejabatnya yang baru di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga sekitar 15 peratus lebih rendah daripada yang telah dibayar oleh TH.


Memetik sumber-sumber, akhbar itu melaporkan bahawa KWAP bersetuju untuk membeli tanah itu pada kadar harga kira-kira RM2,300 sekaki persegi (skp).

TH membayar 1MDB sebanyak RM188.5 juta atau RM2,774 skp untuk 0.64 hektar tanah di TRX.

Menurut laporan The Star itu lagi, rasionalnya ialah KWAP menyewa bangunan ibupejabat sekarang di Menara Yayasan Tun Razak.

Walaupun S&P belum lagi ditandatangani, laporan itu memetik sumber-sumber sebagai berkata, syarat-syarat perjanjian untuk membeli bangunan dan tanah itu adalah lebih baik daripada transaksi antara 1MDB dan TH.



KWAP akan membayar deposit sebanyak 10 peratus dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun eskrow, kata laporan itu memetik sumber-sumber.

Manakala yang selebihnya apabila bangunan itu siap, tambah laporan itu.

Tabung Haji mencetuskan kemarahan minggu lalu apabila terbocor bahawa ia telah membeli sebidang tanah di TRX pada harga 37 kali lebih tinggi daripada harga yang 1MDB diperolehi dari kerajaan sejak beberapa tahun yang lalu.

Pengkritik mendakwa transaksi itu bertujuan untuk menyelamatkan 1MDB yang berdepan dengan masalah pembayaran balik hutang.

sumber : malaysiakini

About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.