Romantik tidak bermakna bermanja-manja sahaja. Ramai mengandaikan, bila suap suami atau isteri di khalayak ramai, itu romantik. Bila nampak pasangan orang tua yang berpeganngan tangan, itu romantik. Bila nampak isteri betulkan kolar baju suami, itu dianggap romantik....
Benar, dari kacamata orang ramai yang melihat situasi sebegitu, akal tidak dapat lari dari mengatakan mereke itu pasangan yang romantik. Namun, itu cuma secebis sahaja dari kehidupan hidup berumah tangga. Lihat bagaimananya intimnya hubungan Rasulullah S.A.W dengan Aisyan r.a....
Mari kita lihat apa lagi tips romantik suami isteri yang boleh diamalkan bersama:
1. Solat berjemaah bersama
Jika suami tidak ke masjid atau surau, ajak isteri dan anak-anak solat berjemaah bersama-sama. Tinggalkan kaca TV dan beribadat bersama....
Lebih molek lagi jika selepas solat, suami berdoa dan yang lain aminkan bersama-sama. Ambil sedikit masa untuk ambil Al-Quran dan semak bacaan ahli keluarga....
2. Isteri cium tangan suami sebelum pergi kerja...
Cium bukan satu paksaan, tetapi cium tanda hormat dan redha suami keluar untuk mencari rezeki untuk keluarga. Itu untuk suri-rumah, bagaimana dengan isteri yang bekerja juga?
Apa salahnya, cium sahaja sebelum naik kereta atau motosikal masing-masing. Jika naik satu kereta, cium dalam kereta dahulu....
3. Suami cium pipi isteri sebelum pergi kerja
Kalau tidak mahu jiran-jiran tengok, selindung-selindung dalam rumah. Selepas isteri cium tangan suami, suami hulurlah pipi untuk isteri cium. Mahu lebih intim, peluk pasangan kuat-kuat, setidak-tidaknya 10 saat.
Tarik nafas dalam-dalam dan bayangkan jika ini ialah pelukan terakhir untuk pasangan.Jangan lupa, dan juga selepas sampai rumah dari tempat kerja kalau buat muka, cium isteri dan anak-anak juga....
4. Peluk isteri dari belakang
Isteri pasti cair kalau suami tiba-tiba peluk dari belakang, tanpa disangka-sangka. Jika sedang membasuh pinggan di sinki dapur dan suami datang peluk tidak semena-mena, rasa seperti di awang-awangan. Setuju atau tidak?
5. Tatap muka pasangan sebelum tidur
Cuba tips romantik suami isteri yang ini secara diam-diam. Simpan dalam hati, kerana pasangan tidak akan tahu. Bayangkan kita dapat tatap muka pasangan kita malam ini, hari esok belum tentu lagi.
Maafkan segala kesalahannya. Doakan yang terbaik untuk dirinya....
6. Mandi bersama
Buat apa mahu malu? Bukankah sudah jadi pasangan yang sah? Cuma mandilah di bilik air sendiri, supaya anak-anak tidak ketuk pintu suruh keluar sebab lapar. Jika belum ada anak, cubalah tips romantik suami isteri ini dengan rasa kebebasan maksimum.
7. Tolong cabut uban, potong janggut dan misai
Bagi yang sudah berusia, apa kata rajin-rajinkan diri dekat dengan suami. Walaupun suami tidak peduli sangat dengan uban atas kepala yang semakin banyak putih, dia suka bila dihampiri isteri.
Ambil gunting kecil dan tolong trim janggut serta misai suami. Percayalah, dalam hati suami akan terdetik, “Sayang jugak bini aku pada aku ye…”
8. Kentut tanpa rasa malu
Ini tips romantik suami isteri yang boleh digunapakai selepas berkahwin sahaja. Masa bercinta, malu mahu kentut bukan? Sekarang, buat apa mahu malu-malu lagi. Kalau suami sudah biasa kentut sana-sini, apa kata isteri balas pula kentut suami?
Cuma jangan buat aktiviti berbahaya ini dengan kehadiran mertua dan sanak-saudara....
9. Cubit punggung
Usik mengusik itulah yang membahagiakan. Bukannya kena cubit sampai merah-merah dan lebam. Suami kena pandai kawal kadar cubitan itu....
Bila isteri lalu tepi, gerakkan tangan yang gatal itu sambil mencuit pinggang dan cubit punggung isteri. Pastinya isteri akan marah-marah, kenapa buat begitu. Namun, dalam hatinya, suka!
Tips romantik suami isteri ini, biar dalam rumahtangga sahaja. Suami jangan cuba tips ini pada rakan sekerja pula!!
10. Tidur berbantal lengan
Tilam empuk tidak sedap, berbanding lengan suami sendiri. Setuju atau tidak? Mesti cuba tips romantik suami isteri yang sungguh sweet ini....
Sambil-sambil menunggu mata terlelap, sembang-sembang apa yang patut. Masa inilah isteri boleh bermanja-manja. Cuma bila isteri sudah tertidur, dan tangan suami sudah kebas, letak kepala isteri elok-elok. Jangan main tunjal kepala dia dan lepas atas tilam tanpa beralas.
Akhir kata
Kahwin bukan komitmen untuk sehari dua. Perkahwinan adalah institusi murni mendambakan perngorbanan. Walau ada pasang surut dan turun naik dalam perhubungan, teruskan tunjuk jiwa romantis pada pasangan masing-masing. In Shaa Allah, suami atau isteri tidak akan berlaku curang pada pasangan masing-masing.
Kadang-kadang kita terdengar, “Suami aku cuma romantik masa malam pertama je. Lepas tu, langsung buat tak tau”. Buat isteri, usah bersedih. Jika suami tidak romantik, kita mulakan dahulu...
Buat suami pula, persetankan apa yang kawan-kawan pejabat atau jiran-jiran yang kata...
sumber : asampedasjohor
0 comments:
Post a Comment