Hot Springs dan Emeral Pool merupakan sepasang tarikan yang cuma terletak beberapa kilometer sahaja di antara satu sama lain. Kedua-dua tempat ini dianggap sepasang tarikan - kenapa? Sebabnya anda samada pergi ke kedua-dua tempat atau tidak pergi langsung. Ini kerana lokasi kedua-dua tempat ini adalah sangat, jadinya alang-alang baik pergi ke kedua-dua tempat terus.
Destinasi ini juga sesuai untuk semua lapisan umur samada kanak-kanak yang ingin bersuka-ria, dewasa yang ingin berenang dan juga golongan senior yang ingin menikmati pemandangan dan menikmati air panas.
Hot Springs ini cuma terletak hanya satu jam dari Pantai Ao Nang, di mana anda boleh berehat di dalam air yang bukan sahaja suam tetapi betul-betul panas.
Mata air panas ini turun ke bawah lereng bukit, membentuk air terjun di mana air yang turun itu telah menghasilkan mineral untuk membentuk beberapa siri tab mandi semulajadi - tempat yang sempurna untuk melegakan sakit-sakit badan.
Jika anda rasa air tersebut panas sangat, terjun sahaja ke sungai di bawah untuk sejukkan badan semula.
Kolam kristal yang terletak berhampiran adalah tempat yang indah untuk berenang dan ia mempunyai water-slide semula jadi, yang sangat menyeronokkan bagi golongan muda, dan juga golongan yang tidak berapa muda. Hehe.
Untuk ke Emerald Pool dan Hot Springs, anda boleh berjalan sepanjang pelantar laluan yang melalui hutan dan belakang, kira-kira 1 km panjang.
sumber : aonang.com
0 comments:
Post a Comment