Tuesday 5 May 2015

Jawapan Datuk Siti Nurhaliza Kepada Anak Mangsa Nahas DUKE

Posted By: readnext - 00:06

Share

& Comment

Jawapan Datuk Siti Nurhaliza Kepada Anak Mangsa Nahas DUKE



Artikel Berkaitan : (Video) Anak Mangsa Duke Teringin Nak Jumpa Datuk Siti Nurhaliza

"INSYA-ALLAH. Pasti bertemu". Demikian respon Datuk Siti Nurhaliza selepas anak kepada mangsa tragedi Lebuhraya Duke, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan penyanyi nombor satu negara itu.

Siti memberikan respon tersebut menerusi laman mikro Twitter miliknya, @CTNurhaliza11 selepas ditanya peminat yang menyaksikan video adik Nur Firuza Amira.

Awal petang tadi, sebuah video yang merakam permintaan adik Nur Firuza Amira telah tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter.

Artikel Berkaitan : Page FB “Keadilan Untuk Familia Myvi Club” Ditubuhkan

Kebanyakan pelayar yang bersimpati ke atas nasib yang menimpa kedua-dua anak mangsa kemalangan tersebut bersetuju supaya satu perjumpaan di antara Siti dan adik Nur Firuza Amira diaturkan.

Sebelum ini, kemalangan di Lebuhraya Duke dilaporkan meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia tujuh bulan di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Pasangan suami isteri berkenaan meninggalkan dua orang anak, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4.

Artikel Berkaitan : (Video) Temubual Bersama Saksi Terawal Kemalangan Maut Akibat Lumba Haram

About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.