Wednesday, 6 May 2015

(Foto) Pantai Phra Nang, Ao Nang

Posted By: readnext - 20:59

Share

& Comment




Pantai Phra Nang atau Phra Nang Beach merupakan salah satu daripada 10 pantai terindah di dunia. Terletak cuma 20 minit dari Ao Nang dengan menaiki longtail boat, pantai ini mempunyai pemandangan yang cukup menakjubkan dan merupakan pantai yang sangat sesuai untuk anda berenang.



Anda juga boleh melihat pendaki mendaki di sekitar kawasan pantai. Selepas urutan/massage, menjamu selera makan tengah hari barbeque dan salad, anda mungkin juga ingin mencuba melompat dari tebing ke dalam air. Lokasi yang sangat sesuai jika anda ingin bersantai di tepi pantai.



Phra Nang boleh dikatakan pantai yang terbaik di Thailand, jikapun tidak di Asia Tenggara. Pasirnya yang putih dengan tebing besar merangkumi sepanjang pantai. Phra Nang mempunyai kemudahan yang mencukupi: ayam panggang dan salad untuk makan tengahari  dimasak di pantai, wanita urut dan penjual menjual minuman sejuk. Di sini juga tidak mempunyai semua perkara-perkara yang merosakkan pantai: pencemaran, lalu lintas, bunyi bising, penjaja yang mendesak, jet-ski dan peminum bir yang mabuk.


Phra Nang merupakan sebahagian dari Semenanjung Railay. Untuk ke sana dari Ao Nang, anda hanya perlu menaiki longtail boat. Perjalanan cuma memakan masa 20 minit dengan kos THB 80 seorang.



sumber : aonang.com

About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.