.

.
Powered by Blogger.

Latest Updates

Friday 7 August 2015

Rumah Pertama Bakal Dibeli : Baik Sewakan Atau Duduk Sendiri??

Posted By: readnext - 16:29






Rumah pertama yang anda bakal beli nanti, apa yang anda akan buat? Tok bagi pilihan yang paling popular di Malaysia:

  1. Beli dan duduk sendiri.
  2. Beli dan sewa.


Tok terbaca status FB daripada rakan pelabur hartanah kita iaitu Rohaniah Noor. Beliau sudah lama melabur dalam hartanah dan sudah berjaya membeli lebih dari sepuluh hartanah walaupun tanpa berpendapatan tinggi.

Beliau beritahu ada 1 amalan berfikir yang agak pelik ditanam dalam otak rakyat Malaysia. Khususnya bangsa Melayu.

“RUMAH PERTAMA SAYA MESTI LANDED (RUMAH TERES, BANGLO DSB). RUMAH PERTAMA SAYA MESTI DUDUK SENDIRI. BUKAN UNTUK SEWA.”

Perkongsian yang boleh tepuk kepala otak bagi sedar.


Lebih menarik, Cik Rohaniah Noor ini tidak sekadar berdiam diri dan membisu. Beliau berkongsi sudut pandangnya tentang pembelian rumah landed untuk duduk sendiri.

Tok yakin perkongsiannya sangat bermanfaat dan boleh tepuk kepala otak orang ramai untuk faham tentang selok belok pengurusan duit, dan pelaburan hartanah pada peringkat paling asas.



Rumah landed. Beli duduk sendiri VS sewa?

Cik Rohaniah Noor menjelaskan bahawa yang majoriti pembeli rumah pertama biasanya akan membeli rumah yang paling mahal mereka mampu nak beli. Ini adalah satu kesilapan besar kerana :

1) Kebanyakan hartanah landed harganya RM550,000 ke atas. Biasanya teres dua tingkat unit tengah. Kategori, subsale a.k.a rumah second hand.

2) Manakala kalau beli rumah daripada pihak pemaju, 100% dara, lagi tinggi harganya. Ramai yang suka beli rumah baru sebab mereka geli nak pakai rumah 2nd-hand.

4) Jika beli rumah harga RM550,000, modal minimuma perlu ada RM55,000. Ini belum masuk caj-caj peguam dan lain-lain. Untuk pinjaman 90% selama 30 tahun, pada kadar faedah 5%, bayaran bulannya lebih kurang RM2,657.

5) Ini bermaksud, kita akan bergadai duit untuk membayar ansuran bulanan sebanyak RM2,657 selama 30 tahun. Kalau umur kita 30 tahun, umur 60 tahun baru selesai hutang.

6) Paling menyedihkan, ia merabakkan duit poket kita sendiri. Sebab kita duduk sendiri di rumah itu. Kos segala bagai, kita yang tanggung.

7) Itu baru kos bayar rumah setiap bulan. Belum campur lagi kos kereta, barang dapur, makan, minum, duit belanja ibu dan ayah tercinta, serta lain-lain lagi. Tok boleh sahkan stres dan pening kepala akan berlaku setiap bulan.

8) Daripada beli untuk duduk sendiri, lebih baik beli dan sewa. Tetapi, ada sedikit cabaran bila masuk bab sewa rumah landed.

9) Sewa biasanya jauh lebih rendah dari ansuran bulanan. Sebab biasanya matlamat pembeli rumah landed ini lebih fokus kepada kenaikan harga rumah dari semasa ke semasa. Tapi ada juga beli sekadar suka mahu beli.

11 Langkah duduk rumah landed dan dapat tunai RM1,600 sebulan dalam masa 30 tahun.

Cik Rohaniah Noor juga berkongsi satu sifir yang dapat membantu kita memahami potensi dan peluang.

Strategi asasnya adalah: Sewa sahaja. Jangan beli duduk sendiri.


Penerangan spesifik dan contoh yang beliau berikan pula adalah seperti berikut:

1) Rumah landed di Bangi Avenue pada masa ini (tahun 2015) berharga RM550,000 hingga RM580,000.

2) Jika beli rumah di kawasan ini, bayaran komitmen bulanan kita sekurang-kurangnya RM2,657.

3) Tapi nilai sewaan cuma sekitar RM1,200 hingga RM1,400 sebulan sahaja. Perbezaan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan kos komitmen bulanan RM2,657.

4) Lebih baik kita sewa sahaja jika mahu duduk di kawasan ini. Lebih jimat berbanding kena bayar komitmen bulanan yang tinggi.

5) Apabila kita menyewa rumah, ia tidak masuk dalam CCRIS. Maksudnya, ia tidak mengganggu kelayakan pinjaman kita di masa akan datang.

6) Kelayakan pinjaman yang ada boleh digunakan untuk beli rumah yang boleh disewakan a.k.a rumah pelaburan.

7) Dengan kelayakan pinjaman RM2,657 sebulan, apa kata beli 2 apartment yang bayaran ansurannya RM1,300 setiap satu. Kemudian sewa apartment itu untuk dapatkan aliran tunai ekstra setiap bulan.

8) Sebagai contoh, kita dapat sewa apartment itu dengan harga RM1,600 sebulan, dan kadar maintenance RM150, maka kiraan ringkasnya adalah seperti berikut (baca poin nombor 8).

9) RM1,600 (Nilai sewa) – RM150 (Kadar maintenance) – RM1,300 (Ansuran bulanan) = RM150 (Untung bersih daripada 1 apartment).

10) Jika ada 2 apartment dengan kadar nilai yang sama seperti di atas, kita dapat aliran tunai bersih sebanyak RM300 sebulan.

11) Cukup 30 tahun apabila hutang rumah selesai, wang sewa 100% milik kita (dalam kes apartment tadi, nilainya RM1,600 sebulan). Ini boleh dijadikan sebagai duit persaraan.

Jalan sudah ada di depan mata. Pilihan sekarang di tangan kita.


Ini adalah pendapat dan nasihat tok :

1. Pastikan hartanah yang dibeli boleh dipakai atau disewakan : Kalau boleh, pilih hartanah yang boleh disewakan dgn nilai tinggi walaupun anda nak pakai sendiri buat masa ini. Nanti bila korang nak pindah, rumah ni boleh disewakan pada nilai yang melebihi ansuran bulanan dan tidak membebankan korang.

2. Ansuran rendah : Untuk rumah sendiri, pastikan ansuran bulanan tak melebihi 20% dari pendapatan bersih korang. Contoh, pendapatan bersih korang RM6000, pastikan ansuran bulanan korang tak melebihi RM1,500 sebulan. Kalau lagi kurang, lagi bagus!

3. Kurangkan komitmen bulanan : Kalau ansuran bulanan untuk hartanah tu at least 100% lebih dari sewa, baik korang sewa je lah. Contohnya macam kes Bangi Avenue, sewa cuma RM1,200 tapi ansuran bulanan RM2,657. Tok lagi suka menyewa dari beli dalam kes seperti Bangi Avenue. Lagipun, kalau sewa komitmen sewaan takkan masuk dalam CCRIS dan ianya tidak akan dikira.

4. Pentingkan pelaburan dulu : Kalau rumah yang korang pakai sendiri mahal dan korang tak dapat apa-apa income/pendapatan dari hartanah tu, potensi pelaburan korang pasti akan terbantut. Sebab bila korang nak cuba nak apply loan lagi, mesti tak lepas sebab komitment peribadi terlampau tinggi. ( Selalu Tok tgk orang yang beli hartanah mahal untuk pakai sendiri mesti ada banyak hutang credit card dan personal loan?)

5. Pakai rumah kecil dulu : Kalau korang baru je kahwin dan belum dapat anak lagi, duduk rumah 1 bilik pun dah cukup. Kenapa nak pening kepala duduk rumah besar dgn 4-5 bilik padahal korang cuma gunakan rumah untuk tidur dan berehat? Tak perlu membazir tak tentu pasal dan orang yang membazir memang susah nak kaya. Tak percaya, cuba tanya pelabur hartanah terkenal macam Cik Rohaniah atau Faizul Ridzuan jenis rumah apa yang mereke guna sekarang?

6. Guna duit orang lain untuk dapatkan rumah idaman : Guna pendapatan sewaan untuk bayaran ansuran/sewa rumah yang dipakai sendiri. Kalau gunakan contoh diatas, kalau korang boleh jana pendapatan bersih sewaan RM1200, korang boleh duduk rumah di Bangi Avenue ni secara percuma!

Jadi korang boleh pilih untuk nampak bergaya tetapi sengsara semata-mata nak duduk rumah lawa, atau pilih kesederhanaan dari mula dan melabur secara bijak untuk dapatkan rumah idaman korang yang dibayar oleh orang lain. Dapat rumah best yang FREE! Korang nak kaya atau kekal bergaya-tak-kaya, itu pilihan korang masing-masing.

“MANUSIA AKAN TERUS KEKAL BODOH KALAU TAK ADA KEMAHUAN UNTUK BERUBAH WALAUPUN DITUNJUKKAN JALAN. MISKIN ITU ADALAH SATU PILIHAN.”

sumber : gilahartanah

Fakta Menarik Pulau Reunion, Lokasi Serpihan MH370 Ditemui

Posted By: readnext - 01:54




Pulau Reunion bukanlah lokasi yang begitu dikenali oleh rakyat Malaysia.

Tetapi apabila tercetusnya pengesahan bahawa serpihan pesawat berhampiran dengan pulau ini, kami ingin bawakan 10 fakta tentang Pulau Reunion.


1. Pulau ini pertama kali telah ditemui oleh Portugis pada abad ke 16. Pulau yang pada ketika itu tiada berpenghuni ini dibiarkan begitu saja oleh Portugis kerana mereka meneruskan pelayaran ke Asia Tenggara.



Pada tahun 1643, Peranchis mengambil alih pulau ini dan mengishtiharkannya sebagai pulau jajahan mereka. Wakil Peranchis dan koloni mereka seterusnya mendiami pulau ini selama 20 tahun. Sehingga kini pulau ini masih di bawah jajahan Peranchis.



2. Nama asal bagi Pulau Reunion adalah Bourbon Island. Pulau yang terletak di Lautan Hindi ini kemudiannya ditukar nama kepada Pulau Reunion oleh Peranchis pada tahun 1793.



3. Bahasa asal yang digunakan oleh rakyat yang mendiami pulau ini agak unik kerana ia adalah campuran 3 bahasa – Bahasa Peranchis, Malagasi (bahasa dari Madagaskar) dan Bahasa Gujerat (dari India). Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pedagang dari Madagaskar dan India kerap berkunjung ke sini.
Namun begitu Bahasa Peranchis merupakan bahasa rasmi di pulau ini.



4. Hasil bumi utama yang menjadi bahan eksport dari Pulau Reunion adalah Gula. Hasil bumi lain adalah beras dan tebu.



5. Bagi pekerja pejabat di Pulau Reunion, waktu rehat mereka adalah 2 jam setiap hari bermula dari jam 12 tengahari hingga 2 petang. Wah, ini memang menarik!


6. Lokasi Pulau Reunion berhampiran dengan garisan Khatulistiwa menjadikan iklim di pulau ini tidak banyak berbeza dengan Malaysia. Justeru pulau ini menjadi tumpuan pelancong dari Eropah untuk bercuti sambil berjemur di pantai.



7. Oleh kerana pulau ini masih di bawah pemerintahan Peranchis, matawang rasmi di Pulau Reunion adalah Euro dan menjadi matawang rasmi untuk kegunaan transaksi harian di pulau ini. Meskipun begitu, matawang US Dollar juga diterima di beberapa hotel dan restoran ‘high class‘ di pulau ini.

8. Pulau ini juga memiliki gunung berapi masih aktif yang diberi nama Piton de la Fournaise. Merupakan antara gunung berapi paling aktif di dunia, Piton de la Fournaise direkodkan telah meletus sebanyak 150 kali sejak abad ke 17.



Letusan terkini dari gunung berapi ini adalah pada tahun 2007 dan telah menghasilkan pemandangan menarik dari jauh.


Sewaktu tiba di sini, para pelawat perlu mendaki anak tangga yang membawa mereka jauh ke atas. Disepanjang laluan beberapa kawah (craters) akan ditemui sebelum melalui jalan yang membawa ke bahagian yang lebih tinggi.

9. Salah satu tarikan utama di Pulau Reunion adalah bassin des Aigrettes.



Merupakan kolam air semula jadi dengan air terjun mengalir dari atas terus ke dalam kolam, ia bakal menawarkan pengalaman berbeza untuk mereka yang berkunjung ke sini.

10. Bentuk muka bumi dan alam semula jadi di pulau ini tak kalah dari segi keunikan dan keindahannya.



Jika anda meminati hiking, di sini anda berpeluang untuk menikmati pemandangan indah air terjun yang turun dari celah bukit ke jurang, melihat canyon yang dalam, gunung berapi aktif serta berjalan di lereng bukit menuju ke lokasi menarik antaranya Le Maido, atau sekadar memandu di jalan raya yang di bina atas air di sekeliling pulau ini.



Jadi kini anda sudah tahu, Pulau Reunion bukanlah sebuah pulau yang sepi tetapi sebaliknya kaya dengan alam semula jadi dan nilai sejarah. Bagi mereka yang sukakan alam semulajadi, Pulau Reunion sewajarnya menjadi satu lagi destinasi dalam ‘bucketlist’ anda.
sumber : thevocket

Thursday 6 August 2015

Kisah Awek Umur 22 Tahun, Gaji RM1200, Beli Kereta CASH Dan Hartanah Bernilai RM110,000

Posted By: readnext - 18:45



Tiada apa yang mustahil. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Selalu Tok dengar keluhan pembaca GilaHartanah.com.

“GAJI SAYA SIKIT JE, TOK. HARGA RUMAH DAH MAHAL. MACAM MANA NAK BELI RUMAH NI?”

Tuan Faizul Ridzuan telah menggalakkan kami menceritakan kisah gadis muda Cik S yang kini bekerja di kafe CoffeeBean di Kuala Lumpur.

Kami berpeluang menemuduga Cik S yang bergaji RM1200 sebulan tentang bagaimana beliau mampu menyimpan RM500 sebulan untuk membeli hartanah bernilai RM110,000.

Ikuti wawancara kami:


Q – Umur Cik S dan suami sekarang berapa ya?

A- Saya  berumur 22 tahun dan suami berumur 23 tahun

Q – Kahwin bila tu?

A – Tahun 2012 bila umur saya 19

Q – Wah awalnya kahwin! Macam mana kumpul modal untuk berkahwin? Ambil personal loan tak?

A – Kami tak ambil personal loan langsung. Kami belanja RM15,000 untuk semua, dan semua duit tu dari simpanan saya dan suami.

Q – Kalau tak keberatan, boleh kongsikan pendapatan suami dan cik S sekarang? 

A – Segan nak cakap. Pendapatan bersih kami berdua sebulan adalah hampir RM3000 sebulan sekarang.

Q – Sekarang ramai graduan yang mengatakan gaji RM3000 sebulan pun tak cukup. Macam mana Cik S boleh menyimpan sehingga RM500 sebulan dengan pendapatan bersama tak sampai RM3000 sebulan?? Sewa rumah, Kereta, makan, Astro, Internet, semua tu, bolehkah hidup dengan pendapatan RM3000 sebulan?

A – Tak tahulah. Tapi kami jenis tak berbelanja banyak. Contohnya :

Dulu kami takde kereta, hanya ada 2 motor. Kalau kerja kami syif yang sama, kami pergi kerja naik satu motor je. Romantik sikit.
Pergi kerja bawa bekal. Boleh makan sedap dan kita pun tahu yang makanan tu bersih sebab kita sediakan sendiri.
Kami tak langgan internet atau Astro sendiri
Kami duduk dengan parents buat masa ni.
Tak pernah melancong keluar negara, hanya melancong dalam negara sahaja.
Baru-baru ni kami beli kereta nd-hand Wira pada harga RM10,000, tanpa hutang. Tapi jarang bawa sebab hari hari naik motor pergi kerja.
Q – Apa perancangan kewangan yang pernah dibuat sebelum ini?

A – Kami takdelah merancang secara detail, tapi kami tahu kami kena berjimat dan menyimpan.

Tahun pertama kami kahwin kami terus buka simpanan ASB.

Tahun kedua kami beli kereta wira tu cash.

Tahun ketiga kami rancang nak beli rumah, dah lama kami tengok tengok rumah sampai jumpa rumah apartment low cost di Damansara. Kami nak beli tapi tak berani sebab ilmu takde.

Q – Oh kata tak berani nak beli sebab takde ilmu tapi sekarang berani pulak?

A – Itulah. Kebetulan abang Faizul Ridzuan selalu buat appointment di tempat saya bekerja. Hari-hari mamat ni datang berjumpa orang yang lain lain. Bila saya dapat tahu abang Faizul ni suka melabur dalam hartanah, saya beranikan diri tanya dia. Dan alhamdulillah dia tak lokek ilmu dan dia yang guide saya step by step. Tu yang jadi berani sikit.


Macam tu la ceritanya. Memang tak ramai orang yang mampu buat macam Cik S. Apa yang Tok boleh puji adalah sikap dia.

Dengan gaji yang sedikit, Cik S sanggup ikat perut dulu, pandai “ukur baju di badan sendiri”, tidak berbelanja boros.

Akhirnya, dapat jugak beli kereta dan rumah sendiri, sedangkan orang lain ada yang gaji lebih besar pun masih menyewa lagi sampai sekarang.

Apa lagi alasan kita?


sumber : gilahartanah

Lan Pet Pet Redah Bahaya Selamatkan Mangsa Kemalangan

Posted By: readnext - 01:39




Tindakan murni pelawak Lan Pet Pet membantu mangsa kemalangan jalan raya mendapat pujian dari netizen.


Apa tidaknya, ahli kumpulan Senario itu sanggup turun dari keretanya dan menolak faktor keselamatan dirinya hanya kerana mahu membantu individu yang terlibat dalam nahas berkenaan.

Salah seorang pengguna jalan raya yang turut berada di lokasi nahas, dikenali sebagai Fairuz Arshad merakamkan beberapa keping gambar dan memuatnaik posting berkenaan di laman Facebooknya.



Lan Pet Pet sekaligus membuktikan bahawa statusnya sebagai artis bukan 'halangan' menidakkan pertolongan kepada orang yang memerlukan.


Bukanlah seperti sesetengah daripada kita, hanya memerhatikan kemalangan di sebalik cermin kereta tanpa menghulurkan sebarang bantuan. -Siakapkeli.my






sumber : siakapkeli

Percutian

Pelbagai

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.