.

.
Powered by Blogger.
Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Friday, 7 August 2015

Fakta Menarik Pulau Reunion, Lokasi Serpihan MH370 Ditemui

Posted By: readnext - 01:54




Pulau Reunion bukanlah lokasi yang begitu dikenali oleh rakyat Malaysia.

Tetapi apabila tercetusnya pengesahan bahawa serpihan pesawat berhampiran dengan pulau ini, kami ingin bawakan 10 fakta tentang Pulau Reunion.


1. Pulau ini pertama kali telah ditemui oleh Portugis pada abad ke 16. Pulau yang pada ketika itu tiada berpenghuni ini dibiarkan begitu saja oleh Portugis kerana mereka meneruskan pelayaran ke Asia Tenggara.



Pada tahun 1643, Peranchis mengambil alih pulau ini dan mengishtiharkannya sebagai pulau jajahan mereka. Wakil Peranchis dan koloni mereka seterusnya mendiami pulau ini selama 20 tahun. Sehingga kini pulau ini masih di bawah jajahan Peranchis.



2. Nama asal bagi Pulau Reunion adalah Bourbon Island. Pulau yang terletak di Lautan Hindi ini kemudiannya ditukar nama kepada Pulau Reunion oleh Peranchis pada tahun 1793.



3. Bahasa asal yang digunakan oleh rakyat yang mendiami pulau ini agak unik kerana ia adalah campuran 3 bahasa – Bahasa Peranchis, Malagasi (bahasa dari Madagaskar) dan Bahasa Gujerat (dari India). Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pedagang dari Madagaskar dan India kerap berkunjung ke sini.
Namun begitu Bahasa Peranchis merupakan bahasa rasmi di pulau ini.



4. Hasil bumi utama yang menjadi bahan eksport dari Pulau Reunion adalah Gula. Hasil bumi lain adalah beras dan tebu.



5. Bagi pekerja pejabat di Pulau Reunion, waktu rehat mereka adalah 2 jam setiap hari bermula dari jam 12 tengahari hingga 2 petang. Wah, ini memang menarik!


6. Lokasi Pulau Reunion berhampiran dengan garisan Khatulistiwa menjadikan iklim di pulau ini tidak banyak berbeza dengan Malaysia. Justeru pulau ini menjadi tumpuan pelancong dari Eropah untuk bercuti sambil berjemur di pantai.



7. Oleh kerana pulau ini masih di bawah pemerintahan Peranchis, matawang rasmi di Pulau Reunion adalah Euro dan menjadi matawang rasmi untuk kegunaan transaksi harian di pulau ini. Meskipun begitu, matawang US Dollar juga diterima di beberapa hotel dan restoran ‘high class‘ di pulau ini.

8. Pulau ini juga memiliki gunung berapi masih aktif yang diberi nama Piton de la Fournaise. Merupakan antara gunung berapi paling aktif di dunia, Piton de la Fournaise direkodkan telah meletus sebanyak 150 kali sejak abad ke 17.



Letusan terkini dari gunung berapi ini adalah pada tahun 2007 dan telah menghasilkan pemandangan menarik dari jauh.


Sewaktu tiba di sini, para pelawat perlu mendaki anak tangga yang membawa mereka jauh ke atas. Disepanjang laluan beberapa kawah (craters) akan ditemui sebelum melalui jalan yang membawa ke bahagian yang lebih tinggi.

9. Salah satu tarikan utama di Pulau Reunion adalah bassin des Aigrettes.



Merupakan kolam air semula jadi dengan air terjun mengalir dari atas terus ke dalam kolam, ia bakal menawarkan pengalaman berbeza untuk mereka yang berkunjung ke sini.

10. Bentuk muka bumi dan alam semula jadi di pulau ini tak kalah dari segi keunikan dan keindahannya.



Jika anda meminati hiking, di sini anda berpeluang untuk menikmati pemandangan indah air terjun yang turun dari celah bukit ke jurang, melihat canyon yang dalam, gunung berapi aktif serta berjalan di lereng bukit menuju ke lokasi menarik antaranya Le Maido, atau sekadar memandu di jalan raya yang di bina atas air di sekeliling pulau ini.



Jadi kini anda sudah tahu, Pulau Reunion bukanlah sebuah pulau yang sepi tetapi sebaliknya kaya dengan alam semula jadi dan nilai sejarah. Bagi mereka yang sukakan alam semulajadi, Pulau Reunion sewajarnya menjadi satu lagi destinasi dalam ‘bucketlist’ anda.
sumber : thevocket

Wednesday, 10 June 2015

Perkara Yang Anda MESTI Elak Dari Lakukan Sekiranya Melancong ke 15 Negara Ini!!

Posted By: readnext - 03:28




Kita di Malaysia pun ada budaya kita yang kadang kala apa yang dilakukan oleh pelancong asing kita rasakan tidak selesa dan tidak sopan baik dari segi pakaian dan perbuatan.

Bagaimanapun harus diingatkan budaya setempat adalah tidak sama yang mana mungkin perkara biasa bagi mereka ketika berada di negara mereka sendiri dan sangat tidak patut dilakukan ketika di negara kita.

Namun kita sendiri sudah tahu adab-adab di negara sendiri dan di sini Siakapkeli ingin berkongsikan apa yang tidak boleh kita lakukan pula sekiranya berada di beberapa (15) negara yang popular ini ketika melancong. Fakta-fakta ini bersumber portal Trove. — Siakapkeli.my



1. Crotia

— Jangan naikkan ibu jari bersama jari hantu (tengah) dan jari telunjuk bersama kerana anda mungkin dianggap sebagai warga serbia.




2. Singapura

— Anda dilarang memberi makan kepada burung, meludah dan merokok atau makan di dalam pengangkutan awam.




3. India

— Jangan bercumbuan di tempat awam kerana anda boleh dikenakan hukuman penjara
— Tidak boleh bersentuhan sekiranya berlainan jantina. Maknanya anda jangan bersalam atau memeluk berlainan jantina melainkan dipelawa oleh penduduk setempat.




4. Chile

— Jangan makan apa-apa dengan menggunakan tangan kerana ia sebuah negara yang sangat formal. *Sekadar fakta. Bagaimanapun kita yang beragama Islam adalah sunnah mejamah makanan menggunakan tangan kanan.




5. Perancis

— Sekiranya anda seorang pengamal pemakan sayuran dan tumbuhan sahaja jangan anggap banyak pilihan makanan di sana.
— Jangan bercakap mengenai duit. Ia adalah pantang.
— Jangan berharap mereka boleh bercakap bahasa Inggeris kerana sistem pembelajaran mereka tidak menekankan kepada pembelajaran bahasa asing.




6. Jepun

— Jangan memberi Tip (ganjaran kepada pelayan) kerana ia bukan budaya setempat.
— Jangan peluk sesiapa yang baru dikenali kerana mereka tidak sukakannya.
— Jangan berdiri pada bahagian yang salah ketika menaiki eskalator. Ikut sahaja apa yang penduduk setempat lakukan.




7. Mexico

— Mereka adalah negara membangun. Jangan  menganggap yang anda lebih bagus dari mereka hanya kerana anda orang asing.
— Mereka sangat suka berjenakan maka anda jangan mudah terkilan.




8. New Zealand

— Jangan keliru antara warga Australia dengan warga New Zealand kerana mereka tidak menyukainya.
— Jangan melawak dengan sukan Rugby, Filem "Lord Of The Rings" ataupun Ratu England.
— Jangan hairan dan takut sekiranya melihat mereka tidak memakai kasut kerana ia adalah perkara biasa di sana.




9. Norway

— Tahukah anda warga Norway menukar pakaian di tempat awam? Dan mereka yang lain akan menoleh ke tempat lain. Maka sekiranya anda ke sana jangan cuba mengintai.
— Jangan bertanya berkenaan gereja kerana ia dianggap sebagai tidak sopan dan kebanyakan mereka tidak hadir ke gereja.
— Jangan berharap anda mendapat layanan yang baik. Rakyat Norway adalah tidak formal.




10. Russia

— Jangan beri bunga dalam angka genap kerana bunga dengan bilangan kuntum genap adalah untuk mereka yang meninggal.
— Jangan bergantung kepada kad kredit kerana kebanyakan tempat hanya menerima wang tunai sahaja.
— Janggan anggap rakyat Rusia menyokong semua tindakan dan langkah-langkah kerajaan kerana rakyat rusia selalunya mengkritik kerajaan mereka.





11. Turkey

— Jangan buat tanda isyarat dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kerana ia adalah lucah.
— Mabuk dalam negara ini adalah perkara yang sangat memalukan.
— Jangan membuang hingus ataupun mengcungkil gigi di kawasan awam seperti restoran, kafe dan bar.




12. United Kingdom

— Jangan memotong barisan kerana ia adalah perkara yang berat.
— Jangan ditanya berapa banyak seseorang itu meraih pendapatan tetapi tidak terhad untuk bertanya soalan-soalan yang berkaitan.
— Jangan menjemput seseorang ke rumah kecuali anda sangat kenal dengan mereka.



13. Ireland

— Jangan sebut "Top of the morning" kerana ia sudah ketinggalan.
— Jangan cuba bercakap kononnya menggunakan loghat warga Ireland kerana ia tidak wujud.
— Jangan jadi murahan. Jangan masuk mana-mana pub tanpa mampu membayar sendiri.




14. Jerman

— Jangan menggunakan tabik Nazi kerana ia adalah satu jenayah dan anda boleh ditahan.
— Jangan termenung kerana ia menunjukkan yang anda tidak berpelajayan ataupun mempunyai masal mental.
—Jangan terlalu senang berkawan kerana rakyat Jerman mengambil masa untuk membiasakan diri dengan orang lain.
— Jangan ucap "Selamat Hari Jadi" kepada seseorang sebelum tiba tarikh tersebut kerana mereka mempunyai kepercayaan yang mana sekiranya seseorang itu diucapkan awal, dia akan mati sebelum tarikh lahirnya.




15. Kenya

— Jangan Tunjukkan Rasa Tidak Hormat Kepadaa Agama kerana kebanyakan mereka adalah orang yang kuat beragama.
— Tidak perlu terburu-buru kerana kebanyakan mereka sangat menepati masa.
— Jangan bercakap mengenai seks sekiranya berada dalam kumpulan yang bercampur kerana ia adalah salah.
— Jangan memanggil seseorang dengan nama pertamanya kecuali seseorang itu menggunakan nama pertamanya dengan anda.




sumber: Trove, Siakapkeli

Saturday, 6 June 2015

Homestay Unik di Malaysia Yang Tidak Ramai Tahu

Posted By: readnext - 18:59

Foto Kredit: LimasTiga


Ramai orang keliru, apa sebenarnya definisi homestay? Menurut Wikipedia, homestay atau dipanggil inap desa ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya. Konsep inap desa dapat menambah pendapatan penduduk tempatan seperti orang kampung tradisional.

Di sinilah kekeliruan berlaku. Dengan menggunakan istilah ‘rumah orang awam‘, ramai yang menggunakan rumah di bandar besar atau kecil, dan memanggilnya homestay juga. Rumah teres, malahan rumah pangsa yang tidak didiami lagi dijadikan homestay untuk menambah pendapatan. Ia tidak salah, cuma tidak berapa unik, jika pengunjung mahukan lebih dari sekadar tempat tidur. Terasa bagaikan tumpang tidur di rumah seseorang, dan dikenakan bayaran.

Pelancongan luar bandar

Program homestay adalah salah satu strategi pelancongan di luar bandar. Ia melibatkan pelancong menginap, menjamu selera dan dihiburkan dengan acara tradisional dan aktiviti bersama penduduk kampung yang terlibat.

Di sini, kami senaraikan beberapa homestay Malaysia yang betul-betul terletak di kawasan kampung dan mempunyai ciri-ciri yang unik. Unik di sini bermaksud:

  • Homestay tersebut bukan sekadar rumah atau bilik semata-mata.
  • Mempunyai ruang yang luas dan lapang, dan mempunyai fasiliti lain. Bukan mahu kata bagaikan resort, cuma memadai.
  • Pihak homestay menyediakan aktiviti untuk pengunjung.
  • Dimana pengunjung boleh merasai suasana kampung yang sebenar-benarnya. Bukan sekadar tidur dan melepaskan lelah semata-mata, pengunjung boleh mengikut sekali melakukan aktiviti yang dilakukan oleh orang kampung.


1. Homestay Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor

Foto Kredit: http://jcheerios.blogspot.com/2013/03/3-days-and-2-nights-at-homestay-haji_15.html

Sebenarnya, ada banyak sangat homestay di Kampung Sungai Haji Dorani. Gambar di atas hanyalah satu contoh sahaja. Mahu lihat sawah bendang depan mata? Boleh pandu kereta, hanya 120 km sahaja dari Kuala Lumpur

Orang bandar tentu dengar bunyi enjin kereta di jalanan setiap hari. Bayangkan, bila berehat di sini, bangun pagi terdengar bunyi burung berkicau. Buka tingkat, nampak sawah menghijau. Ah, cukup mendamaikan!

Foto kredit : kosmo.com.my
Membeli-belah di pekan Sungai Besar juga bakal buat isteri dan wanita kering poket. Bukan sahaja kuih dan kerepek yang murah-murah, banyak pilihan baju untuk kanak-kanak. Mewah juga dengan hasil laut di pasar.

Foto Kredit: homestayairmanis.com

Risau tentang nyamuk? Siap-siaplah beli ubat nyamuk sendiri kalau takut digigit  nyamuk.

Blog homestay JKKK menyenaraikan, antara tempat menarik yang boleh dilawati di Sabak Bernam ialah:

1. Kawasan Mini Estet Padi Kampong Sungai Haji Dorani.
2. Perusahaan membuat pelbagai jenis kerepek .
3. Perusahaan membuat keropok lekor .
4. Perusahaan membuat kuih tradisional dan bahulu.
5. Perusahaan / Kilang Nata De Coco dan minyak kelapa dara.
6. Perusahaan memproses kulit lembu.
7. Rumah tradisional dan ukiran.
8. Perusahaan membuat tapai.
9. Kilang padi / beras.
10. Tempat sejarah Lubok Pusing.
11. Masjid Jin.
12. Pusat Pemasaran Bio Asli ( Kosmetik dan ubatan ).
13. Pusat Pemulihan Akhlak Wanita .
14. Perusahaan minuman botol / oren.
15. Perusahan kuih muih ( frozen )
16. Institiut Latihan Dakwah Selangor ( ILDAS )
17. Mini Muzium Wak Surgi. 18. Muzium Pertanian dan Perikanan.
19. Balai cerap ( Pusat melihat anak bulan ). 20. Kawasan melihat kelip-kelip.
21. Kawasan memerhati burung enggang.
22. Pantai BNO.
23. Pasar Petang Sungai Haji Dorani ( setiap petang ).
24. Kebun mangga / mempelam ( mengikut musim )
25. Pangkalan Nelayan dan Pantai Sungai Haji Dorani

2. Homestay Limastiga, Umbai, Melaka

Limastiga tersenarai dalam entri tempat menarik di Malaysia yang kami tulis sedikit masa yang lalu. Walaupun bukan hotel dan beroperasi sebagai private homestay, ada juga yang memberikan 5 bintang untuk Limastiga.



Sangat sesuai untuk reunion dan gathering untuk kawan-kawan lama dan keluarga. Kalau ingin makan malan, restoran makanan laut yang banyak terdapat di Umbai hanya terletak 2-3 minit sahaja dari sini.

Foto Kredit: LimasTiga
Nak booking kena cepat, kerana selalunya hujung minggu tempat ini penuh!

Foto Kredit: LimasTiga
*Nota: Atas sebab-sebab tertentu, pihak pengurusan LimasTiga menyediakan Private Vacation Villa ini untuk pengunjung Muslim sahaja. Sila hubungi pihak LimasTiga untuk maklumat lanjut.

Maklumat lanjut: limastiga.blogspot.com & facebook.com/Limastiga

3. Homestay Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka

Desa Balqis juga tersenarai dalam entri terdahulu berkenaan tempat menarik di Malaysia. Uniknya, setiap 10 rumah yang ada di sana diberikan nama seperti panggilan pada pakcik dan makcik kita. Ia termasuk Pak Long, Pak Ngah, Balqis, Mama Penghulu, Pakcik, Adik & Kakak, Nenek, Atuk , Pak Ndak.

Foto Kredit: Desa Balqis

Asyik kerja, kerja, kerja sahaja. Kerja banyak mana, tidak akan habis. Apa kata pergi jauh dari hiruk-pikuk kotaraya dan singgah di sini. Antara kerinduan yang sudah lama kita tidak rasai ialah, apabila waktu Subuh pula dikejutkan oleh kokokan ayam. Menarik?

Rupanya, ramai orang yang dalam perjalan JB-KL atau KL-JB yang sengaja singgah ke sini. Cari ketenangan katanya!. Tidak kurang juga yang memilih Desa Balqis untuk family day. Jangan tidak percaya, ada yang sambut Hari Raya Aidilfitri di sini juga.

Foto Kredit: Desa Balqis

Jika ada anak kecil yang boring dan tidak tahu mahu buat apa, biarkan mereka berendam di kolam renang. Padang pun sangat luas, biarkan sahaja anak berlari-lari di sana tanpa risau. Macam zaman kita dulu-dulu!

Foto Kredit: Desa Balqis

Sungguh, suasana bagaikan kampung zaman dahulu, di tepi Selat Melaka. Silangkan kaki dan tarik nafas dalam-dalam. Bayangkan kita di zaman Portugis atau Belanda, sambil melihat kapal-kapal besar nun di seberang sana. Sungguh mendamaikan.

Maklumat lanjut: desabalqis.com & facebook.com/DesaBalqis


4. Homestay Felda Sungai Klah, Sungkai Perak

Foto Kredit: feldahomestay.com

Jika inginkan kelainan, boleh tinggal bersama peneroka Felda yang menyertai program ini. Usah risau, rumah Felda bukan rumah usang seperti dahulu. Ramai anak-anak mereka sudah berjaya.

Foto Kredit: maleisure.com

Antara tarikan yang tidak boleh dilepaskan di sini ialah melawati Felda Hotspring Park. Selain main air, jangan lupa lepaskan peluang merebus telur dengan air panas di sini.

Maklumat lanjut: feldahomestay.com/our-homestay/felda-sg-klah/


5. Homestay D’ Kampung, Beseri, Perlis

Foto Kredit: http://anjasukma.blogspot.com/2013/06/homestay-d-kampung.html

Blog anjasukma menyenaraikan senarai penduduk kampung yang menyertai homestay D’ Kampung ini. Ujarnya lagi, jika sukakan suasana kampung atau ingin merasai sendiri pengalaman di kampung, semuanya ada di sini.

Realisasikan percutian anda di Rangkaian Homestay D’ Kampung yang cukup menarik. Terdiri dari beberapa buah homestay yang berdekatan di antara satu sama lain, mempunyai ciri-ciri dan rekabentuk tradisional, moden dan kombinasi kedua-duanya sekali.  Dibina di suatu kawasan yang luas dengan kawasan persekitaran yang menghijau , bagaikan anda berada di suatu perkampungan yang cukup indah.

Tidak rugi menginap di sini kerana lokasinya yang berdekatan dengan Tasik Melati, Gua Kelam, Taman Herba, Taman Ular, Ladang mempelam, Padang Besar dan Wang Kelian yang bersebelahan dengan Pusat Pertanian Agro Bukit Temiang.

6. Homestay Al-Hambra, Beseri, Perlis


Foto Kredit: http://anjasukma.blogspot.com/2013/06/homestay-al-hambra.html

Lagi dari blog anjasukma, homestay ini adalah inspirasi dari Bali, Indonesia. Dikatakan, pekerjanya juga dibawa dari sana. Jika mahu ke Langkawi atau Padang Besar, boleh singgah menginap di sini sehari.

Homestay ini juga bersebelahan dengan masjid dan berdekatan dengan kedai makan. Mudah untuk mengisi perut dan menunaikan solat.

7. Homestay Borneo Benuk, Kuching, Sarawak

Foto Kredit: kujie2.com

Biasanya, kita cuma lihat rumah panjang dalam buku teks sekolah. Jarang yang ada pengalaman pergi melihat rumah panjang secara dekat. Kali ini, apa kata ajak satu keluarga menginap di rumah panjang kaum Bidayuh ini pula.

Menikmati angin segar dan bunyi-bunyi unggas akan buat kita rasa kedamaian. Blogger kujie2 telah menulis panjang lebar tentang pengalaman beliau bercuti di homestay ini bersama keluarga. Siap masak ayam pansuh lagi.

Banyak sangat aktiviti yang disediakan di sini. Jangan lupa singgah Panggah, iaitu dewan pahlawan yang menjadi tempat simpan tengkorak musuh!

Maklumat lanjut: borneobenukhomestay.com

8. Jojo Rakit, Kota Tinggi, Johor

Foto Kredit: ibuayahdamia.blogspot.com

Pernah tidur atas rakit? Jika belum, apa kata lawati Jojo Rakit. Perjalanan ke sini cuma mengambil masa 25 minit dari Bandar Kota Tinggi.

Foto Kredit: ibuayahdamia.blogspot.com

Blogger Zamzarina dari ibuayahdamia.blogspot.com berkongsi banyak gambar menarik ketika berada di sana. Mula-mula beliau ingatkan kawasan ini kotor, busuk dan tidak selesa. Rupa-rupanya, sangkaan beliau meleset.

Waktu malam, siap boleh BBQ lagi. Jika memancing waktu malam, suasana juga sunyi sepi. Sungguh mendamaikan. Jika anda pemancing tegar, potensi ikan di sini ialah:

Gelama
Tanda
Bolos
Kerapu
Pari/Tuka
Mayung
Sembilang
Duri
Bayan

9. Bob’s Homestay, Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Johor

Foto Kredit: josheen.net

Terletak di tepi sungai Kampung Johor Lama, pengunjung bakal dipukau dengan keindahan alam semulajadi. Kehijauan di mana-mana. Tempat juga terjaga.

Foto Kredit: picisan-kuliketip.blogspot.com

Aktiviti memancing itu memang wajib. Lebih-lebih lagi pengalaman memancing di kelong. Kalau mahu tahu, di sini juga boleh dapatkan pengalaman menangkap belangkas. Bukan tangkap sahaja, boleh dimasak dan dimakan juga!

Antara aktiviti tambahan ialah menaiki bot, berkayak dan berbasikal.

Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/pages/Bobs-Homestay/336315441092

Akhir kata

Kenapa perlu ke luar negara, sedangkan negara kita ada banyak sangat tempat menarik. Homestay Malaysia sebenarnya bakal memberikan satu pengalaman baru. Bagi yang tinggal di kota, manfaatkanlah masa cuti untuk lari dari hiruk pikuk bandar.


sumber : mediaterjah.com, siraplimau.com

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.