.

.
Powered by Blogger.

Tuesday 28 July 2015

Bayi Buta Selepas Terdedah Kepada Flash Kamera

Posted By: readnext - 23:46



CHINA – Seorang bayi buta sebelah mata selepas rakan kepada keluarganya yang menziarahi bayi berusia tiga bulan itu terlupa menutup flash kamera ketika merakamkan gambarnya dari jarak dekat.

Klik >>> SINI <<< untuk artikel penuh

Lihat Juga : 11 Gambar Bayi Dirakam Menerusi TV Pemantau Bayi ini Pasti Membuatkan Ibu Bapa Tidak Lena Tidur
Lihat Juga : MESTI BACA!!! Kenapa Bayi Kena Penyakit Kuning Selepas Dilahirkan?






KJ 'Redha' Tak Tall Lagi Dah

Posted By: readnext - 23:27



Menerusi sekeping gambar yang dikongsi di laman Twitternya, Khairy Jamaluddin 'mengakui' tidak lagi 'tall' selepas berdiri si sebelah lagenda pemain bola keranjang, Dikembe Mutombo.


Mutombo sememangnya dikenali amat tinggi dan sesuai dengan penglibatannya dalam sukan berkenaan.

"Dah tak tall (tinggi) lagi dah," tulis Khairy atau mesra dipanggil KJ.

Menteri Belia dan Sukan itu sebelum ini dikenali dengan tagline "tall, dark and handsome" berada di Amerika Syarikat sekarang untuk menghadiri perbincangan meja bulat di Majlis Special Olympics. -Siakapkeli.my



sumber : siakapkeli

FB Najib Dibanjiri Puluhan Ribu Mesej Letak Jawatan

Posted By: readnext - 23:16



Bermula dari pengumuman rombakan kabinet yang menggugurkan Muhyiddin Yassin baru-baru ini, Facebook Perdana Menteri, Najib Razak dibanjiri dengan puluhan ribu mesej letak jawatan yang dicopy paste  di ruangan komen status Perdana Menteri Malaysia itu.


Komen-komen terbabit dipenuhi dengan hashtag najibletakjawatan.




Selain dari itu terdapat juga komen-komen dari pengguna media sosial yang melawan komen letak jawatan itu dengan menulis #wesupportyounajib.



Komen-komen terbabit paling banyak ditulis di dalam kenyataan di Facebook tersebut yang menjelaskan tindakannya merombak kabinet semalam. 

Sehingga ke saat ini, pertarungan berbalas komen itu masih lagi berlaku.- Siakapkeli.my


sumber : siakapkeli

Luahan Perasaan Najwa Mahiaddin di Twitter Selepas Bapanya Digugurkan Dari Kabinet

Posted By: readnext - 21:49



Najwa Mahiaddin Luah Perasaan Di Twitter Selepas Bapa Digugurkan Dari Kabinet

Selepas menerima berita bapanya dipecat dari kabinet yang baru diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tengah hari tadi, anak kepada bekas TPM, Najwa Mahiaddin telah meluahkan perasaannya di laman Twitter.

Najwa menulis di laman Twitternya



“Allah lebih mengetahui,” kata Najwa yang juga merupakan seorang penyanyi.
Ternyata apa yang diluahkan oleh Najwa itu menerima simpati dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan artis dan peminatnya.




Datuk Seri Najib telah menggugurkan Tan Sri Muhyiddin  Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai penggantinya. - Siakapkeli.my

sumber : siakapkeli.my

(Video) Mengerikan!! Wanita Maut Di'Telan' Eskalator

Posted By: readnext - 20:38



SEORANG wanita di China menemui ajal dengan cara menyayat hati apabila ‘ditelan’ oleh eskalator ketika menggunakan tangga bergerak tersebut untuk menaiki tingkat atas sebuah pasar raya besar bersama anaknya.

Kejadian ngeri itu dilaporkan berlaku di Jingzhou kira-kira jam 10.10 pagi, beberapa hari lalu sebelum rakaman video litar tertutup berkenaan dimuat naik ke laman Youtube.
Menerusi klip berdurasi 0.35 saat itu, ia memaparkan mangsa dan anaknya menaiki eskalator tanpa gangguan teknikal sehinggalah tiba di tingkat seterusnya.

Ketika memijak lantai besi, tiba-tiba ia dilihat runtuh lantas ‘membaham’ hidup-hidup wanita berkenaan.

Lebih menyayat hati, naluri keibuan wanita itu jelas terpancar apabila dia terus menolak anaknya ke tempat selamat sebelum hilang dari pandangan.




Walaupun terdapat beberapa individu di tepi eskalator ketika kejadian berlaku, namun mereka gagal membantu mangsa untuk keluar dari lubang berkenaan.

Memetik laporan LiveLeak, jasad mangsa hanya berjaya dikeluarkan setelah tiga jam terperangkap di dalam mesin berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

sumber : mynewshub.cc

(Viral) Intipati Ucapan TS Muhyiddin Yassin Pada Mesyuarat Majlis Penutup Mesyuarat UMNO Cheras

Posted By: readnext - 20:27



UCAPAN Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam ternyata menghangatkan lagi pentas politik negara.

Selain liputan meluas media yang menjadikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai tajuk utama berita, turut menjadi viral adalah intipati ucapan Muhyiddin termasuk di aplikasi WhatsApp.

Tinjuan Sinar Online mendapati intipati ucapan itu disebarkan sejak awal pagi tadi, sejurus kenyataan 'benar tetapi pahit' ini disampaikan oleh Muhyiddin, malam tadi. 

Terdapat enam intipati ucapan yang didakwa disampaikan oleh Muhyiddin seperti yang tersebar iaitu: 

1. Rakyat meluat dan gelisah melihat melihat isu-isu dalam negara yang masih tidak diselesaikan oleh pemimpin. 

2. Kita tidak boleh berbohong pada rakyat. Kita perlu terima hakikat rakyat dibawah ingin tahu isu 1MDB degan segera. Mereka ingin tahu hutang 1MDB RM42b, laporan WSJ terhadap wang yang masuk dalam akaun Presiden, mengapa tindakan tidak diambil ke atas lembaga pengarah, pengurusan dan lembaga penasihat yang telah menyebabkan 1MDB berhutang sehingga RM42b.

3. Isu ekonomi menjadi masalah utama. Isu kos sara hidup, GST, masalah perumahan, pengangguran, jenayah dan lain-lain. Isu-isu ini masih tidak ditangani ditambah lagi pula deagn bebanan hutang 1MDB. 

4. Kita tidak mengurus persepsi deagn baik. Kita salahkan rakyat menuduh pemimpin sedangkan pemimpin tidak buat apa-apa untuk meredakan persepsi buruk ini. Pemimpin cakap sahaja tetapi tiada tindakan.  

5. Umno kehilangan 'wow' factor. Umno sudah tidak dihormati oleh ahli dan rakyat seperti dulu.  Pemimpin tertinggi umno sudah hilang kepercayaan. 'Trust deficit' parti bertambah besar. Ahli-ahli  Umno sendiri tidak yakin kita boleh meyakinkan rakyat untuk PRU 14.

6. Marilah kita cari jalan bagaimana kita boleh kembali semula ke pangkal jalan. Kalau pemimpin buat silap mohon maaf dan cari jalan menyelesaikan masalah. Jangan kita masih menidakkan apa yang benar.‎


sumber : shonline

Senarai Penuh Rombakan Kabinet Baharu 28 Julai 2015

Posted By: readnext - 20:18
Senarai Penuh Kabinet Baharu



Perdana Menteri, Menteri Kewangan
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Masir Anak Kujat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Mah Siew Keong
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Paul Low Seng Kuan
Nancy Shukri
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Ir Dr Wee Ka Siong
Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Razali Ibrahim
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Menteri Kewangan II
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan 
Chua Tee Yong
Datuk Johari Abdul Ghani

Menteri Pengangkutan
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan 
Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan 
Datuk Seri Dr Hilmi Yahya

Menteri Pelancongan 
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan 
Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri Pertahanan 
Datuk Wira Johari Baharom

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Ahmad Maslan
Datuk Lee Chee Leong

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 
Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 
Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Alexander Nanta Linggi
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 
Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 
Datuk Dr Abu Bakar Mohamd Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Azizah Mohd Dun
Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya 
Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raya 
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Ismail Abd Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 
Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Menteri Belia dan Sukan
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Datuk Saravanan A/L Murugan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Halimah Mohd Sadique

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Ir Hamim Samuri

Menteri Pendidikan 
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan 
P. Kamalanathan
Chong Sin Woon

Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Jailani Johari



Senarai yang digugurkan:

Menteri
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
Datuk Seri  G. Palanivel
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Seri Hasan Malek
Datuk Dr Ewon Ebin

Timbalan Menteri
Datuk Abd Rahim Bakri


sumber : shonline

Wednesday 22 July 2015

Jika Sah Kertas Al Quran, Perlu Kutip Semula Cebisan Dan Abu Untuk Dibuang Ke Dalam Laut Atau Sungai - Mufti

Posted By: readnext - 20:22



Berikutkan tersebarnya gambar-gambar mercun papan yang menggunakan kertas Al Quran sebagai bahan balutannya pelbagai pihak memberikan komen.

Memetik laporan The Rakyat Post, portal berkenaan telah menghubungi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk mengetahui tentang perkara ini.


"Jika meyakini kertas balutan mercun itu adalah dari helaian kertas al-Quran, perlulah mengutip semula kertas yang terbakar itu dan dibuang ke sungai atau laut."

“Helaian kertas al-Quran tidak boleh dibiarkan terbakar tanpa membuang cebisan atau abunya ke sungai atau ke laut untuk melupuskannya,” ujarnya.


Menurut Mufti Perak itu lagi, permainan mercun itu sendiri sudah dilarang oleh kerajaan kerana ia merbahaya dan banyak memudaratkan orang yang bermainnya.

“Benda kalau sudah di haramkan (dilarang) tetap haram tetapi ada umat Islam degil. Tiap tahun bila tiba hari raya mereka nak main mercun atau buat mercun sendiri.

“Ada yang hilang jari, hilang mata dan kecacatan seumur hidup, itukan merugikan diri sendiri.” ujarnya. - Siakapkeli.my


sumber : siakapkeli

Kanak-kanak Dihujani Bantuan Setelah Gambarnya Belajar Di Tepi McDonalds Untuk "Pinjam" Lampu Jadi Viral

Posted By: readnext - 20:05



MANILA: Setelah gambarnya mengulangkaji di atas bangku bertemankan lampu malap dari McDonald menjadi viral di media sosial, pelbagai bantuan dihulurkan oleh pelbagai pihak yang terharu dengan usaha kanak-kanak dari Filipina itu untuk belajar.

Daniel Cabrera, 9, diberikan pelbagai bantuan termasukalah dalam bentuk derma, bantuan peralatan sekolah dan juga biasiswa untuk belajar di sebuah kolej.


Ibunya, Christina Espinosa , 42, memberitahu agensi berita AFP pada Jumaat : "Kami sangat bersyukur. Saya tak tahu apa yang akan saya buat dengan kesemua rahmat (bantuan) ini".

"Kini, Daniel sudah tak perlu lagi bersusah payah untuk menyiapkan kerja sekolahnya", kata Christina Espinosa  yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit dan pembantu rumah.

Gambar kanak-kanak itu yang kelihatan cuba "meminjam" lampu dari restoran McDonald mula disebar oleh seorang pelajar dari sebuah koleh sebulan yang lalu.

Pelajar kolej terbabit, Joyce Torrefranca, 20, memuat naik gambar itu dengan kapsyen "Kanak-kanak ini telah memberi inspirasi kepada saya".


Gambar itu dikongsi sebanyak 7,000 kali di Facebook.

Espinosa tinggal di kedai runcit mini milik bosnya bersama tiga orang anak, termasuklah Cabrera. Mereka tinggal di tempat itu sejak lima tahun lalu apabila rumah mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran.

Menurut Espinosa, gaji yang diperolehnya setiap hari cuma berjumlah 80 peso (RM19.20) hasil penat lelah bekerja sebagai pembantu kedai runcit dan pembantu rumah.

Espionosa menyifatkan Cabrera sebagai seorang anak yang cukup fokus dan laparkan pendidikan.

"Dia sangat rajin dan bersungguh-sungguh untuk belajar. Dia tetap degil untuk ke sekolah walaupun tidak mempunyai sebarang duit poket kerana saya tidak mempunyai wang untuk diberikan."

"Dia selalu memberitahu saya, 'Mama, saya tak mahu hidup susah sepanjang hidup, saya mahu mengejar cita-cita saya'". tambah Espionosa lagi. Cabrera bercita-cita untuk menjadi seorang polis.

Cabrera telah menjadi 'simbolik' kepada kanak-kanak miskin di bandar tersebut yang memberi alasan tidak dapat belajar kerana tidak mempunyai bekalan elektrik.

Kebanyakan kanak-kanak di sini yang senasib dengan Cabrera sudah putus  harapan untuk belajar dan ada yang bekerja sebagai peminta sedekah. - Siakapkeli.my


sumber : siakapkeli

Tuesday 21 July 2015

Status Lelaki Ini Ucap "Terima Kasih Polis" Jadi Viral

Posted By: readnext - 20:24



Status seorang lelaki mengucap terima kasih kepada PDRM menjadi viral di media sosial.

Menerusi status terbabit, difahamkan lelaki terbabit berbuat demikian setelah dia terserempak dengan empat pegawai polis yang masih lagi bertugas di hari raya pertama.


Menurut pemuat status berkenaan, Victor Chan, dia dalam perjalanan ke rumah apabila terserempak dengan satu roadblock di jalan bertentangan. Victor berkata kelihatan empat pegawai polis sedang berada di meja untuk menjamu hidangan tengahhari.

Rasa kesian dengan nasib polis-polis berkenaan, Victor mengambil inisiatif membeli hamper dari sebuah kedai dan menghadiahkan kepada kumpulan polis tersebut.

"Ini untuk kamu dan rakan sekerja kamu, hari ni hari raya, kamu sepatutnya berada bersama keluarga, bukan bekerja. Jadi ini cara saya mengucapkan terima kasih kerana tetap menjalankan tugas kamu sebagai polis", kata Victor kepada polis berkenaan.



Status dari Victor telah menjadi viral dan ada yang memandang negatif dengan perbuatan Victor sehingga ada yang menyifatkannya seolah-olah sebagai satu bentuk rasuah.


Victor kemudiannya menjernihkan keadaan dengan memuat naik satu status yang menjelaskan niat sebenarnya memuat naik status sebelum ini.

Menurut Victor, niatnya memuat naik apa yang dilakukannya hanya bertujuan untuk menyebarkan benda yang bagus. - Siakapkeli.my



sumber : siakapkeli

Monday 13 July 2015

Jualan Susu Kambing Paling Segar Di Dunia

Posted By: readnext - 02:44



Susah sekarang untuk mendapatkan susu segar yang betul-betul segar, tetapi tidak bagi penduduk sebuah jalanan di  Xi’an, China di mana ada sepasang suami isteri menjual susu kambing yang paling segar.

Kenapa SK katakan segar? kerana anda hanya perlu pergi dan memesan susu kambing mereka akan akan terus memerah terus dari kambing yang di bawa.


Lepas perah terus susu tersebut sampai ketangan anda tanpa campuran sebarang ataupun pengawet.

Idea mereka membuka perniagaan seperti ini mendapat reaksi yang memberangsangkan daripada penduduk tempatan di mana kerana usaha ini mereka kini mempunyai pelanggan tetap yang mahu meneguk susu asli dan segar ini.





Mereka memerah terus di hadapan pembeli dan juga dibenarkan jika pelanggan ingin memerah sendiri susu dari kambing berkenaan.

Kambing-kambing yang di bawa adalah kambing jenis menghasilkan susu di mana dalam satu hari kambing berkenaan boleh menghasilkan kira-kira satu liter atau lebih susu.


Kambing berkenaan jika hnis susunya akan dibiarkan rehat dahulu dengan menggantikan kambing lain pada keesokan harinya.




Menurut mereka waktu yang paling sesuai untuk memerah susu adalah waktu petang di mana sewaktu itu susu yang diperah keluar begitu lancar dan mengalir laju.


Sebotol kecil susu kambing segar berkenaan dijual pada harga 10 Yuan China atau bersamaa RM6 sebotol 500 ml.

Mereka akan membawa empat ekor kambing setiap hari ke jalanan bandar yang terkenal dengan segmen permotoran di China itu. - Siakapkeli.my






Wednesday 8 July 2015

Lebih Banyak Subsidi Akan Dihapuskan Selepas Ini Demi Memperkukuhkan Fiskal Negara

Posted By: readnext - 15:01



KUALA LUMPUR: Berdasarkan keadaan ekonomi semasa sekarang Malaysia dijangka terpaksa mengurangkan beberapa lagi subsidi serta menghentikan pinjaman perumahan kepada kakitangan kerajaan bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara.


Memetik laporan Astro Awani, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata demikian ketika ditemu ramah bersama Bloomberg.

"Penghapusan akan dilakukan secara berperingkat melibatkan petrol, gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak."

"Naik taraf Fitch menyentuh tentang kedudukan fiskal Malaysia dan usaha kita melaksanakan konsolidasi. Justeru kita akan teruskan usaha mengukuhkan kedudukan fiskal negara."

"Akan wujud cakap-cakap, namun saya sifatkan ia hanya sementara," katanya.

Pada masa sama, Mohd Irwan berkata sebuah abdan berkanu perlu diwujudkan untuk mengambil alih pinjaman perumahan kakitangan kerajaan sekali gus meringankan beban berjumlah RM40 bilion daripada akaun kerajaan.

"Negara memperlihatkan kesungguhan memperbaiki bajet yang dibayangi hutang 1MDB."

Bagaimanapun sekali lagi saya menegaskan bahawa 1MDB adalah sebuah syarikat yang kukuh yang dimana firma berkenaan memiliki aset mencukupi untuk membayar hutang," katanya.


Bagi Presiden Dewan Perniagaan Antarabangsa Malaysia Datuk Jalilah Baba menyokong pengurangan subsidi kerana ia adalah langkah terbaik mengurangkan hutang kerajaan.

"Saya tidak rasa ia perlu dilakukan tahun ini, mungkin tahun depan atau akhir tahun depan,"

"Rakyat mesti bersikap terbuka, subsidi perlu dimansuh dan tidak boleh disediakan untuk jangka panjang," katanya dipetik Astro Awani.

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Paul Selvaraj, pengurangan subsidi tidak sesuai dilakukan pada masa sentimen pengguna masih rapuh.


"Kita harap kerajaan membantu rakyat supaya perbelanjaan mereka kurang dari segi perumahan, pengangkutan dan penjagaan kesihatan," katanya. - Siakapkeli.my

Tuesday 7 July 2015

(Video) Kisah Benar Sebalik Iklan Raya Astro 2015

Posted By: readnext - 23:10



SUASANA Ramadan tidak lengkap rasanya jika tidak diringi iklan-iklan menarik bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Menariknya kali ini, pihak Astro mempersembahkan secara ekslusif iklan raya berjudul Tiada Noktah Untuk Kemaafan.

Diinspirasikan daripada kesucian dan ketulusan hati untuk melupakan segala sengketa lampau, iklan ini mengupas pengertian sebenar `kosong-kosong`.

Berlainan dengan iklan-iklan terdahulu, Tiada Noktah Untuk Kemaafan memaparkan sebuah kisah benar mengenai seorang pesakit yang juga merupakan bekas penagih dadah bernama Herman dan bapanya.


Menampilkan elemen nilai kemaafan, kisah keluarga ini belum pernah dikongsikan kepada umum sebelum ini.

Keunikan dan nilai pergertian iklan komersial ini terserlah melalui penampilan Herman sendiri yang ingin memohon maaf kepada bapanya, setelah sekian lama tidak berjumpa.

Bagi kami, iklan kali ini sememangnya sangat memberi impak kepada penonton.

Konsep iklan raya Astro pada tahun ini adalah berlainan berbanding tahun-tahun lalu yang biasanya menampilkan barisan selebriti popular seperti Lisa Surihani, Johan, Erra Fazira, Zizan Razak, Aaron Aziz dan Hanis Zalikha.
Syabas Astro, kelainan kali ini sememangnya mampu mengubah pemikiran masyarakat tentang kepentingan mengeratkan silatulrahim dan bermaafan terutama di bulan yang mulia.

Tak hairanlah, iklan tersebut mendapat reaksi yang positif daripada pengguna YouTube sekaligus menandakan mesej tersurat yang terkandung di dalamnya sampai ke hati penonton. – MYNEWSHUB.CC


sumber : mynewshub

Sunday 5 July 2015

Lelaki Ini Sungguh Bertuah Meninggal Dalam Keadaan Yang Begitu Mulia Di Masjid Al-Amirah Hussah, Jeddah

Posted By: readnext - 14:37



Bertuahnya tuan punya jasad orang di dalam gambar ini, mana tidaknya sesuatu yang pasti diimpikan oleh setiap Muslim di muka bumi ini yang sudah pasti membangkitkan keinsafan kepada kita yang melihatnya.


Seorang lelaki yang merupakan seorang bilal Masjid Al-Amirah Hussah di Jeddah telah rebah pada pagi 30 Jun lalu selepas selesai mengaazankan azan Subuh.

Beliau yang berumur 54 tahun menghembuskan nafas terakhirnya sejurus selesai menyebut  “La ilaha Ila Allah" yang merupakan baris terakhir di dalam azan.

Dibawah adalah kepsyen yang disertakan bersama gambar berkenaan.




Apa yang SK dapat katakan tentang lelaki ini, beliau memang bertuah berdasarkan hadis Nabi.


Satu hari Nabi Muhammad S.A.W mendengar Muadzin mengucapkan ’Asyhadu alla ilaha illallah’. Lalu beliau mengatakan pada muadzin tadi,

« خَرَجْتَ مِنَ النَّارِ »

”Engkau terbebas dari neraka.” (HR. Muslim no. 873)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ دَخَلَ الجَنَّةَ

“Barangsiapa yang akhir perkataannya sebelum meninggal dunia adalah ‘lailaha illallah’, maka dia akan masuk syurga” (HR. Abu Daud.Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih no. 1621)

Yang pasti beliau semestinya seorang yang hebat di kala Allah menjemput beliau di dalam keadaan yang sungguh mulia.

Gambar tersebut telah menjadi viral di laman sosial di Arab Saudi.

Apapun dan siapapun beliau, kita yang hidup ini ambillah kejadian ini sebagai contoh. Bagaimanakah saat kematian kita nanti? layakkah kita mati dalam keadaan seperti ini dengan amalan kita lakukan sekarang?

Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya sentiasa dirahmatiNya - Siakapkeli.my


sumber : siakapkeli.my

Komen Dr Maza Terhadap Isu Rosmah Mansor Dapat Layanan Istimewa

Posted By: readnext - 00:43



Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sentiasa tampil memberikan komen-komen lantang berhubung apa sahaja isu semasa.

Hari ini menerusi laman Facebooknya, DrMAZA.com, beliau memuatnaik satu posting terhadap isu layanan istimewa yang diberikan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menggunakan perkataan 'simpati', Asri mahu rakyat tidak mudah melemparkan tohmahan negatif terhadap Rosmah dengan mengambil kira keadaan kesihatan dan fizikalnya.
Namun dalam masa yang sama, sebagai usaha meminta rakyat memahami situasi Rosmah itu, Asri juga menggesa kerajaan 'tidak lupa' kesusahan yang ditanggung rakyat pada masa kini yang terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Posting Asri itu turut mendapat reaksi pelbagai dari orang ramai.




Sebelum ini isteri Datuk Seri Najib Razak itu dihentam banyak pihak gara-gara tersebarnya satu video menunjukkan beliau mendapat layanan istimewa dipakaikan kasut oleh seorang pegawainya.
Beberapa orang terdekat Rosmah, termasuk pegawainya mempertahankan tindakan itu dengan menegaskan keadaan itu terjadi akibat masalah kesihatan yang dihadapinya. - Siakapkeli.my

Saturday 4 July 2015

Sesuatu Berlaku Apabila Gadis Gemuk Di Buang Kekasih

Posted By: readnext - 23:20



Sebuah cerita yang di kongsikan seorang lelaki yang menyesal dengan tingkah laku yang terlalu mementingkan diri dalam kehidupan remajanya ketika bercinta,hubungan cinta yang di jalin selama dua tahun terputus di tengah jalan di sebabkan badan kekasihnya itu gemuk, lelaki itu pun meninggalkan kekasihnya dan mencari wanita lain.

Namun sesuatu yang tidak di jangka berlaku setelah sekian lama tidak berjumpa,kekasih lama itu kini sudah kurus dan cantik,rasa menyesal menghantui ,hasrat ingin kembali mulai membuak buak dalam hati lelaki tersebut.ikuti pengakuan lelaki berkenan, semoga menjadi pengajaran.
Jom baca cerita yang sedih dan memilukan di ==> SINI
















sumber : cepatpanas

GEMPAR Rahsia Penemuan NASA, "Ia Terlalu Besar Untuk Disorok" !!

Posted By: readnext - 23:01



Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam bumi dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.

“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”.


Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ.

“Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.


Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.


Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.


Mengikut apa yang saya baca, NASA telah menjumpai makhluk bawah tanah, point yang agak kurang jelas saya listkan dibawah…

mereka berkomunikasi dengan makhluk tu tanpa dicederakan, makhluk tu juga tak tahu bahasa Inggeris..

seorang ekspedisi menyalakan rokok, dan makhkuk tu terasa diancam dan menerkam sehingga jatuh rokok dan orang tu..

mereka memberi buah anggur kepada makhluk tu dan mereka suka..

tinggi makhluk tu adalah kira-kira 10 kaki bersamaan hampir 300 cm, dua kali ganda manusia normal..

rasa hairan juga kerana dorang boleh berkomunikasi dengan makhluk yang tingginya memang sangat tinggi dan mana mungkin makhluk yang sebesar itu mampu bercakap dan seakan jinak dengan manusia. Cuba kita bayangkan makhluk yang kita tak pernah kenal dan dia pun tak kenal kita, berasa tak terancam dengan tindakan NASA.

Mereka dikatakan telah mengorek lubang bawah tanah untuk satu projek yang dinamakan sebagai ‘Operation Mole Hole’, mereka telah berjumpa dengan makhluk itu di bawah tanah yang agak dalam di Washington. Sedangkan jika kita menebang pokok yang didiami binatang, pasti binatang itu akan lari dan mengganas, bagaimana makhluk yang dikatakan NASA boleh berkomunikasi dengan baik tanpa mencederakan mereka.


Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Kita tidak pernah menyangkal akan kewujudan yakjuj dan Makjuj yang telah dinyatakan dalam Al Quran, namun benarkah makhluk yang dijumpai NASA itu benar2 wujud, saya memang tidak dapat percaya 100% akan berita yang dikeluarkan puak kafir.. hanya Allah swt sahaja yang mengetahui berita sebenar disebalik dakwaan Amerika, adakah hanya mainan mereka untuk memporak perandakan umat manusia atau satu berita yang benar.. wallahu a’lam..

sumber : babab.net

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.