Monday, 11 May 2015

(Destinasi Cuti) Pulau Tioman

Posted By: readnext - 19:14

Share

& Comment



Kira-kira 56km di luar pesisir pantai Pahang ialah Pulau Tioman, syurga percutian di Laut China Selatan. Diiktiraf sebagai satu daripada pulau percutian terbaik di dunia, Pulau Tioman ialah lokasi bagi muzikal Hollywood, 'South Pacific' pada tahun 1959.



Menurut lagenda, pulau ini ialah tempat berehat mitos puteri naga. Air laut yang tenang serta jernih ini menjadikan Pulau Tioman syurga bagi penyelam.

Lihatlah pemandangan yang mengkagumkan seperti kipas laut Gorgonia, terumbu karang Tanduk Rusa, nudibrankia dan bunga karang yang indah.



Para penyelam boleh merasa teruja berenang bersama Belodok Karang Napoleon, Demuduk Berbelang Emas, Ikan Bayan Kepala Jendul dan sekumpulan ikan Delah.

Pulau ini ialah tempat yang ideal untuk berehat di bawah sinaran matahari. Berenang di dalam air laut berwarna kehijauan, berjalan-jalan di tepi pantai atau tidur lena mendengar deruan ombak. Terdapat beberapa buah kampung di sekitar pesisir pantai ini, paling besar ialah Salang, Tekek, Genting, Paya dan Juara.



Setiap kampung menawarkan suasana yang berbeza dan unik. Kehijauan Pulau Tioman menjadi rumah kepada pelbagai tumbuhan dan haiwan kecil, termasuk rama-rama, biawak, rusa dan monyet. Flora dan faunanya pernah ditampilkan di dalam dokumentari oleh National Geographic. Pembentukan batu granit menjadikan destinasi ini sebuah ekspedisi memanjat batu yang hebat. Bagi pendaki yang sukakan pengambaraan, mereka boleh cuba memanjat cerun menegak menghadap Gunung Nenek Semukut atau Tanduk Naga. Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort menawarkan penginapan mewah sekitar pemandangan bukit-bukau yang mengagumkan.



Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Masuk ke Lebuhraya Tebrau dari Johor Bahru dan pergi ke Mersing melalui Kota Tinggi. Anda boleh juga akses ke Lebuhraya Karak dari Kuala Lumpur melalui Temerloh, Kuantan, Pekan, Kuala Rompin, Tanjung Gemuk untuk menuju ke Mersing. Alternatif lain ialah mengambil Lebuhraya PLUS dari Kuala Lumpur melalui Seremban, Bahau, Muadzam Shah, Kuala Rompin, Tanjung Gemuk dan menuju ke Mersing.


Menaiki Kenderaan Awam
Bas ekspres boleh didapati dari Singapura di Newton Circus Court dan Stesen Bas Jalan Sultan. Manakala dari Kuala Lumpur pula, bas dan teksi boleh didapati di Stesen Bas Puduraya. Bas akan bertolak pada waktu tengah hari dan 11.30 malam manakala teksi akan bertolak pada bila-bila masa. Anggaran waktu perjalanan ialah selama 5 hingga 6 jam.


Laluan Laut
Para pengunjung boleh pergi ke Tioman dengan menaiki bot dari Tanjung Gemok di Pahang dan dari Mersing di Johor. Masa perjalanan ialah kira-kira 1.5 jam.


Laluan Udara
Berjaya Air beroperasi setiap hari dengan penerbangan terus selama 45 minit ke Tioman dari Kuala Lumpur dan Singapura.



sumber : tourismmalaysia

About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.