.

.
Powered by Blogger.

Saturday 30 May 2015

Apa Yang Berlaku Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi??

Posted By: readnext - 03:54



Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu:
  1. Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.
  2. Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati


Lemon mengandungi asid citric, Kalsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.


Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

  1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
  2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
  3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
  4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
  5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
  6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
  7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
  8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
  9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
  10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
  11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
  12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.


Lain-Lain Keistimewaan Lemon:

Menghilangkan jerawat
Lemon mengandungi asid sitrik yang sangat berkesan dalam merawat jerawat. 
Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar

Caranya:

  • Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat jerawat tu dan biarkan semalaman. 
  • Bilas pada esok pagi. 
  • Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa


  • Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. 
  • Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. 
  • Bilas dengan air. 
  • Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)


Tapi kalau jerawat ni dah teruk atau ada luka, minta nasihat dari doktor sebelum memulakan rawatan ye.

Menghilangkan rasa takut dan cemas

Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.

Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

Caranya:

  • Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.



Tiada lagi ulser mulut 

Sifat antibakteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni

Caranya:

  • Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. 
  • Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa


Bye-bye Demam

Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

Caranya:

  • Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.
  • Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!


Selesema dan Sakit Tekak

Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

Caranya:

  • Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
  • Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. 
  • Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
  • Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. 
  • Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. 
  • Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ini pula bertindak dalam badan


Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

Caranya:

  • Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas. Biarkan semalaman.
  • Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan. 
  • Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.


Merawat Eczema

Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

Caranya:

  • Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. 
  • Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi
  • Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari
  • Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.


Merawat Keletihan

Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.

Caranya:

  • Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. 
  • Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
  • Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
  • Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. 
  • Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
  • Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam


Hypertension

Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.

Caranya:

  • Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
  • Reneh atas api selama 5 minit
  • Tapiskan dan sejukkan
  • Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
  • Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah


Melegakan sengatan serangga berbisa

Caranya:

  • Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
  • Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu
  • Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
  • Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
  • Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil


Menidurkan Insomnia

  • Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
  • Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenangan dan kepekaan


Menyelamatkan perut

  • Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
  • Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut


Selamat tinggal Varicose Vein!

Caranya:

  • Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
  • Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart
  • Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. 
  • Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. 
  • Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.


Menghilangkan kesakitan

  • Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
  • Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. 
  • Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

Menghilangkan nafas berbau!

Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupun selepas merokok ataupun air liur yang tak cukup ke.

Caranya:

  • Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
  • Ataupun kunyah lemon slice setiap kali lepas makan


Walaupun lemon ni adalah natural remedies, tapi ada beberapa garis panduan:
  • Kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah, penghidap pedih ulu hati, buah pinggang tidak sesuai minum jus lemon
  • Untuk melindungi enamel gigi kita, jangan terus gosok gigi selepas minum/berkumur dengan air lemon. Tunggu sekurang-kurangnya setengah jam


Semoga bermanfaat!!!


sumber : sportsmusang

10 Negara Paling Aman di Dunia

Posted By: readnext - 02:06
10 Negara Paling Aman di Dunia

KUALA LUMPUR: Setiap tahun Institute for Economics and Peace (IEP) akan menyediakan laporan Global Peace Index (GPI) yang bertujuan mengukur kadar keamanan sesebuah negara berdasarkan faktor dalaman dan luaran.

Walaupun pelbagai masalah dan pergolakan berlaku di segenap pelusuk dunia, kajian yang bermula pada tahun 2007 itu tetap akan menyenaraikan 20 negara yang dianggap paling aman.

Bimbang keselamatan diri serta keluarga sekiranya pergi bercuti di luar negara? Lawatilah 10 negara yang diiktiraf paling selamat ini:

10 - Norway

Meskipun pernah dirundung kes pengeboman beramai-ramai oleh Anders Behring Breivik pada tahun 2011, itu tidak menjadikan Norway tidak selamat dilawati.

Foto - AFP Relaxnews
Negara Scandinavia ini mencatat tahap pembangunan manusia tertinggi di dunia. Kerajaan Oslo pula sentiasa menitikberatkan hal ehwal rakyat dan negara dalam apa cara sekalipun.

9 - Belgium

Terletak di tengah benua Eropah, Belgium merupakan negara pusat utama European Union dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Kes pembunuhan dan jenayah di Belgium adalah amat rendah sungguh pun ditimpa krisis kerajaan sekitar tahun 2008 hingga 2011.

Foto - AFP Relaxnews
Bandaraya zaman pertengahan, dewan bandar indah, istana megah, dan keindahan alam semula jadi menjadi tarikan pelancong.

8 - Jepun

Tidak dinafikan negara matahari terbit ini amat kaya dengan keindahan budaya. Sejak perang dunia kedua berakhir, Jepun berjaya mengekalkan keamanan ekoran kadar jenayah yang stabil kesan dari penegasan kuasa keselamatan dalaman.

Foto - AFP Relaxnews

Konflik dalaman yang terkawal menjurus kepada kemajuan ekonomi sehingga menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar di dunia.

7 - Kanada

Bagi kerajaan Kanada, keselamatan rakyatnya merupakan salah satu elemen teras sebuah negara yang baik. Negara ini mempunyai kadar pembunuhan dan jenayah yang sangat rendah. Mengikut laporan OECD (Organization for Economic Co-operation and Development), Kanada mempunyai skor kepuasan hidup sebanyak 7.6 daripada 10. Kanada juga merupakan salah sebuah negara berpendidikan tinggi di dunia. Peratusan penduduk yang mempunyai pengajian tinggi di negara ini adalah 52.6%.


Peratusan keluar mengundi di Kanada adalah 61%. Data ini menunjukkan rakyat Kanada percaya kepada kerajaannya. Kadar pengangguran di Kanada juga adalah sangat rendah iaitu cuma 6.6%.

6 - Finland

Meskipun sedikit lambat melaksanakan sistem industri, Finland berjaya menjadi sebuah negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia.

Foto - AFP Relaxnews

Negara yang terletak di utara benua Eropah ini juga sentiasa menitikberatkan taraf prestasi negara, termasuk pendidikan, daya saing ekonomi, kebebasan awam, kualiti hidup, dan pembangunan manusia.

5 - Switzerland

Menurut IEP, Switzerland sentiasa memelihara sistem pemerintahan serta budayanya. Negara yang mempunyai markah tertinggi dalam kestabilan politik ini turut mencatatkan rekod terendah dalam kadar jenayah.

Foto - AFP Relaxnews

Walaupun tampil sebagai satu kuasa neutral di dunia, Switzerland tetap mengekalkan hubungan diplomatik dengan banyak negara lain.

4 - New Zealand

Berikutan lokasinya yang sedikit terpencil, negara yang terletak di barat daya Lautan Pasifik ini memelihara biodiversiti alam semulajadi yang meliputi flora dan fauna. Budaya kaum pribumi Māori dan peneroka awal British pula menjadi amalan penduduknya.

Foto - AFP Relaxnews

New Zealand adalah ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Negara-Negara Komanwel, ANZUS, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, Forum Kepulauan Pasifik dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik.

3 - Austria

Bermula dari dinasti Habsburg, melalui fasa Prusia dan berakhirnya pendudukan Anschluss, negara di pertengahan Eropah ini dahulunya tidak lekang dek masalah. Sementelah bergelar sebuah negara bebas pada 1955, Austria kian berusaha memperbaiki negara secara keseluruhan.

Foto - AFP Relaxnews

Menurut IMF, Austria kini berada pada tangga ke-13 paling kaya di dunia. Justeru, berjaya membangunkan taraf hidup sehingga menjadi yang terbaik di dunia.

2 - Denmark

Denmark menduduki tangga kedua dalam senarai negara paling aman di dunia kerana ia benar-benar selamat untuk didiami.

Foto - AFP Relaxnews

Masyarakat negara ini tidak suka mencampur tangan dalam konflik melibatkan keganasan. Mereka lebih gemar menumpukan perhatian dalam bidang ekonomi. Elok juga mengamalkan prinsip ‘jaga tepi kain sendiri’ bukan?


1 - Iceland

Negara yang terkenal dengan glasier dan gunung berapi ini mempunyai prinsip untuk menjauhkan diri dari sebarang konflik dunia.

Foto - AFP Relaxnews

Jarang sekali Iceland dilanda kontroversi dan menjadi bual bicara penduduk di seluruh dunia dalam laman sesawang. Pelancong gemar menjadikan ibukota Iceland iaitu Reykjavik sebagai destinasi percutian.


sumber : astroawani, themysteriousworld.com

Thursday 28 May 2015

Anda Seorang Yang Suka Beli Air Dari Mesin Layan Diri ???? Sila Baca Pendedahan Ini

Posted By: readnext - 06:37
Anda Seorang Yang Suka Beli Air Dari Mesin Layan Diri ???? Sila Baca Pendedahan Ini


Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan... Sebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari...

Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens - jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat...

Koliform dan Clostridium perfringens juga merupakan bakteria yang sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain...


The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Star menjalankan ujian terhadap 15 sampel. Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di sini dan di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur...

Di bawah Akta Air Minum Selamat Malaysia, sepatutnya tidak ada sebarang kesan Koliform atau E. coli dalam air minuman. Eksekutif Dasar dan Penyelidikan Forum Air Jesslyn Pek berkata adalah membimbangkan apabila kebanyakan sampel tidak menunjukkan kesan klorin atau fluorida bebas, yang merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk membunuh bakteria di dalam air....

"Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas," katanya. "Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman," kata Pek. ...


"Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan." .

Dalam ujian yang dijalankan oleh The Star dengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens. Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej...

Orang ramai lebih suka membeli air ini kerana kosnya hanya kira-kira 20 sen seliter berbanding air botol, yang kosnya boleh mencecah lebih dari RM2 untuk jumlah yang sama. ..

Menurut sumber industri, pada tahun lepas Kementerian Kesihatan memulakan usaha di seluruh negara untuk memberikan lesen kepada pemilik mesin menjual air. Walau bagaimanapun, sehingga kini, banyak yang tidak memberi respons. ..


Untuk mendapatkan lesen, pengendali perlu mengeluarkan sejumlah RM450 untuk setiap mesin dan menghantar air dari mesin untuk ujian kualiti di Jabatan Kimia. Mereka juga perlu membayar yuran pemprosesan lesen RM130. Kos lesen selama dua tahun adalah RM150....

-mStar

sumber : merahbiru

Monday 25 May 2015

Bandar-Bandar Paling Sejuk Di Dunia

Posted By: readnext - 04:27



Walaupun kita di Malaysia tidak ada musim sejuk dan turunan salji, namun pada sesetengah keadaan apabila tiba musim hujan berlarutan, rasanya keadaan sejuk tetap terasa.

Kalau nak rasa sejuk lagi, panjatlah Gunung Kinabalu atau melawat ke Cameron Highland, itupun sudah cukup sejuk sampai rasa nak demam kan.

Jadi, bayangkan negara-negara yang beriklim sejuk dan penduduknya yang tinggal dibandar-bandar yang paling sejuk di dunia tentulah lebih merasa kesejukannya.


Berikut ialah antara bandar-bandar paling sejuk di dunia.

International Falls
Amerika Syarikat


International Falls terletak di Sungai Rainy. Populasi penduduk ditempat ini ialah sekitar 7,000 orang. Suhu puratanya ialah 2 darjah selsius. Namun, suhu purata bagi bulan Disember, Januari dan Februari pula ialah di bawah sifar. Oleh kerana suhu di bandar ini sangat sejuk, bandar ini juga digelar sebagai 'Ice of The Nation'.

Barrow City
Alaska, Amerika Syarikat


Barrow ialah salah satu bandar paling paling sejuk di Alaska dan adalah bandar yang paling dekat di Amerika Syarikat dengan lingkungan Antartika. Suhu puratanya ialah -20.1 darjah selsius namun ketika puncaknya, suhu itu boleh jatuh lagi sehingga mencecah -53 darjah selsius. Kadangkala fenomena aurora juga boleh berlaku di langit pada waktu malam di bandar ini.

Umiat City
Amerika Syarikat


Suhu purata di Umiat sepanjang tahun ialah -7.2 darjah selsius menjadikan bandar ini sebagai salah satu bandar yang paling sejuk di Amerika Syarikat. Terletak kira-kira 140 batu dari Deadhorse, bandar ini hanya boleh dilawati dengan menaiki pesawat udara ataupun sungai kerana tiada kemudahan jalanraya ataupun keretapi untuk ke situ. Cuaca di Umiat boleh disemak menggunakan Umiat Air Field secara online.

Prospect Creek City (Union Creek)
Alaska, Amerika Syarikat


Pada 23 Januari 1971, rekod cuaca paling rendah yang dicatatkan di Amerika Syarikat ialah -62.1 darjah selsius. Prospect Creek terletak kira-kira 25 batu dari Beetles, Alaska.


Yakutsk City
Rusia


Populasi di Yakutsk ialah seramai 200,000 orang dan bandar ini adalah ibu negeri kepada wilayah Yakutia di Siberia. Pada bulan Januari, suhu biasanya akan mencecah ke -50 darjah selsius. Penduduk sentiasa diingatkan supaya tidak memakai cermin mata mereka ketika berada di luar rumah kerana ia akan terus membeku sebaik sahaja berada diluar dan akan melekat diwajah mereka.

Snag City
Yukon, Kanada


Pada 3 Februari 1947, Snag iaitu sebuah perkampungan kecil di Yukon, telah merekodkan suhu sejuk paling rendah yang pernah direkodkan di Amerika Utara iaitu -63 darjah selsius. Perkampungan ini telah dibina semasa zaman kegemilangan emas pada penghujung 1800.

Stesen Ais Utara
Greenland


Greenland memang terkenal sebagai sebuah kawasan yang paling sejuk di Hemisfera Selatan. Pada 9 Januari 1954, suhu mencecah -66 darjah selsius telah direkodkan di Stesen Kajian Ais Utara di tengah-tengah kawasan lapisan ais di Greenland.


Verkhoyansk City
Rusia


Verkhoyansk yang terletak di wilayah Yakutia, Siberia, terletak dalam lingkungan Artik. Bandar ini ialah bandar ketiga paling kecil di Rusia. Populasinya hanya sekitar 1,400 orang. Suhu di bandar ini biasanya ialah pada kadar -40 darjah selsius dan pada kemuncak musim sejuk, cuacanya mampu mencecah -69 darjah selsius.

Oymyakon City
Rusia


Oymyakon ialah sebuah perkampungan yang terletak di timur Siberia. Populasinya seramai lebih kurang 900 orang. Suhu purata di sini ialah -71.2 darjah selsius semasa musim sejuk yang biasanya memakan masa selama 9 bulan. Oymyakon terletak di lembah pergunungan yang biasanya akan memerangkap udara sejuk dan tidak hairanlah ia sentiasa berada dalam suhu sejuk melampau sepanjang masa.

Stesen Vostok
Antartika


Sudah tentulah bandar paling sejuk di dunia terletak di Antartika. Hanya penguin dan anjing laut sahaja yang menghuni kawasan ini sepanjang tahun. Malah, ini adalah kawasan gurun paling besar di dunia kerana begitu sedikitnya turunan hujan dengan suhu yang mampu mencecah sehingga -89.2 darjah selsius.


sumber : sentiasapanas

Sunday 24 May 2015

Isu Beras Palsu : Kementerian Kesihatan Jamin Pemantauan

Posted By: readnext - 19:25


PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan memberi jaminan akan terus memantau isu beras palsu atau beras plastik yang didakwa sudah memasuki pasaran tempatan dengan jenama tertentu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya juga akan terus mengemaskini maklumat sekiranya terdapat perkembangan baharu mengenai isu berkaitan keselamatan makanan itu.

“Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan pengguna yang bimbang dan curiga mengenai keaslian beras supaya memaklumkan kepada Kementerian sama ada melalui pejabat kesihatan yang terdekat atau laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM),” katanya dalam satu kenyataan.


Jelas beliau, pihaknya sedar mengenai berita yang tersebar di laman sosial bahawa beras palsu dihasilkan di China dengan mencampurkan kentang atau ubi keledek dengan resin plastik.

Menurutnya, beras tersebut didakwa sudah dieksport ke beberapa negara Asia.

“Maklumat melalui media menunjukkan bahawa beras tiruan ini boleh dibezakan kerana rasa nasi lebih keras selepas dimasak dan lapisan seperti sarung plastik terbentuk apabila nasi dimasak,” katanya.

Dr Noor Hisham menegaskan resin plastik biasanya digunakan sebagai bahan pembungkusan makanan dan tidak pernah ditambah ke dalam makanan untuk dimakan atas apa jua alasan.

“Jika dakwaaan tersebut benar, ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna,” katanya.

Dalam pasaran China, Beras tersebut dipercayai dijual di Taiyun di wilayah Shaanxi.
Terdahulu, rakaman video mengenai kewujudan beras palsu yang dihasilkan di China menjadi viral di media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Noor Hisham menegaskan berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas), kebanyakan beras yang diimport Malaysia adalah dari Vietnam, Thailand dan Pakistan.

Beliau berkata, beras yang diimport dari China pula hanya kira-kira 10 tan metrik pada tahun lalu dan untuk tahun ini sehingga April lalu sebanyak 22 tan metrik.

“Import beras dari China ini dibuat berdasarkan permintaan pemborong bagi beras jenis japonica iaitu beras digunakan di restoran Jepun dan Korea. Jumlah beras yang diimport dari China juga kecil iaitu kira-kira 0.01 peratus berbanding jumlah keseluruhan import beras sebanyak 800,000 tan metrik,” katanya.

sumber : mStarOnline

Thursday 21 May 2015

Tahukah Anda? Asal Usul Gambar Wang Kertas Malaysia

Posted By: readnext - 07:24


Mungkin masih ramai yang belum tahu siapakah gambar Agung yang berada di dalam wang Malaysia yang kita gunakan hari ini. Dan dari manakah asalnya gambar tersebut diambil? Di sini kami ingin kongsikan kepada anda semua asal usul gambar agung yang terdapat pada wang Malaysia ini.


Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad ( Jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman) dari Negeri Sembilan.



Inilah gambar asal sebelum dicetak diatas nota wang kertas Ringgit Malaysia (RM). Sehingga kini gambar Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama ini masih digunakan pada wang kertas Ringgit Malaysia (RM).


Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 – 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.


Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajaan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin keSultanan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.

Raja Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).

Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada pada wang kertas Malaysia itu adalah keturunan kelima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.


sumber : penpatah

Jom Lihat Inikah Ciri2 Lelaki Yg Anda Mahukan Sebagai Suami??

Posted By: readnext - 06:34
Ciri-Ciri Lelaki Yang Layak Dijadikan Suami!!? 



Orang kata bercinta itu indah, yang menjadikannya indah bila anda berjumpa dengan orang yang betul. Setiap orang inginkan pasangan hidup yang sempurna. Sempurna? Paras rupa yang elok, beragama, baik, dan macam-macam lagi.

Tapi tak semua yang kita nak akan diperolehinya. Lebih baik jika anda bersama dengan orang yang mampu merubah diri anda jauh ke arah kebaikan, yang mengajar anda erti kehidupan, yang boleh bertolak ansur dan memahami diri anda. Tapi persoalannya adakah si dia sekarang ini punyai ciri-ciri tersebut? Kalau ya, apa cirinya?

1. Si dia perkenalkan anda kepada perkara yang anda tidak pernah bayangkan

Bukankah indah jika anda berpasangan dengan individu yang kontra, anda api si dia air. Mungkin anda boleh belajar tentang sesuatu bila bersamanya. Dan bukankah ianya perkara menggembirakan perkara yang anda tidak pernah lakukan semua hidup, anda lakukan.


Contohnya, pasangan anda seorang penyanyi dan kali ini si dia menjemput anda berduet bernyanyi bersama. Sepanjang hidup anda langsung tidak pernah terfikir untuk menyanyi di depan khalayak ramai tetapi bila bersama si dia pelbagai perkara anda lakukan. Bukankah itu perkara yang indah!

2. Si dia mendorong anda untuk melakukan yang sesuatu yang lebih baik

Si dia mendorong anda untuk menjadi orang yang lebih baik tanpa terus meletakkan tekanan ke atas anda. Pasangan anda berfungsi sebagai insentif terbaik untuk mengatasi batasan anda. Ketika anda dalam keadaan ingin putus asa, adalah penting untuk mempunyai seseorang yang memberi kata-kata semangat dan sentiasa berikan sokongan pada anda.

3. Si dia punya daya penarik


Ini merupakan orangnya yang anda boleh habiskan masa bersama, sentiasa bersama dan langsung tidak membosankan. Dia mempunyai daya penarik untuk hiburkan anda, mungkin juga punya sense of humor yang mampu menghilangkan stress anda.


4. Si dia buatkan diri anda sentiasa rasa disayangi

Anda tidak akan berasa seperti anda kehilangan sesuatu. Semua yang anda perlukan betul-betul berada di hadapan anda, seseorang yang dapat memberikan inspirasi kepada anda. Mereka membuat anda sedar bahawa anda mempunyai semua keupayaan untuk mencari kepuasan diri.

5. Si dia membantu anda mencapai matlamat anda dan memahami kepentingannya kepada anda

Jika anda berminat dalam bidang muzik, si dia akan cuba memahami dan tidak menghalang anda atas sebab-sebab mementingkan diri sendiri. Mereka memahami bahawa kebahagiaan peribadi anda adalah penting dalam hidup anda.

6. Si dia mencabar anda

Si dia tidak akan mengatakan ‘ya’ apabila anda meminta pendapat yang jujur. Malah, si dia bukan seseorang yang sentiasa bersetuju dengan pendapat anda, kadang-kala anda bercanggah pendapat dengan si dia, walaupun bercanggah tetapi sebenarnya si dia mahu anda gapai apa yang anda idamkan.

7. Si dia membuatkan anda sedar bertapa berharganya diri anda

Selama ini anda merasakan si dialah yang menyelamatkan anda, si dia cukup sempurna dan menjadi role model dalam hidup anda tetapi dalam anda tidak sangka, anda menunjukkan sesuatu yang luar biasa, luar daripada sikap sebenar anda. Jika sebelum ini anda seorang yang penakut tetapi sekarang ini anda pantang dicabar. Secara tak langsung membuatkan anda sedar untuk hargai diri sendiri



sumber : penpatah

Wednesday 20 May 2015

Jom Lihat Antara Pulau2 Tercantik di Malaysia Yg Tidak Ramai Tahu

Posted By: readnext - 02:37


Antara destinasi percutian pilihan ramai ialah bercuti di pulau-pulau tercantik di Malaysia seperti Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Sipadan, Pulau Redang, dan Pulau Kapas.

Pulau-pulau yang disenaraikan itu antara pulau yang sememangnya popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kalau tak ke Pulau Langkawi, mereka akan ke Pulau Tioman. Pusing-pusing situ sahaja.

Untuk artikel kali ini jom lihat antara pulau-pulau yang tercantik, namun tak ramai yang tahu. 

Antaranya:

1. Pulau Banggi, Kudat Sabah


Menurut sumber, Pulau Banggi merupakan pulau terbesar di Malaysia diikuti Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Pulau ini terletak di utara Sabah, berdekatan dengan Teluk Marudu. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot laju dari Teluk Marudu atau dari Kudat. (Foto: SunnyRainbowsTours)

2. Pulau Aur, Mersing Johor


Jika di Semenanjung, anda boleh ke Mersing Johor. Di sana terdapat sebuah pulau yang diberi nama Pulau Aur. Namun untuk ke pulau ini, anda terpaksa berdikari mencari bot sendiri. Tiada agensi pelancongan yang akan menguruskan percutian anda ke pulau tersebut. (Foto: Naomi T)

3. Pulau Tenggol, Dungun Terengganu


Pulau Perhentian & Pulau Redang antara pulau paling popular di Terengganu. Namun tak ramai tahu adanya Pulau Tenggol melainkan anda yang meminati scuba diving. Pulau ini sesuai untuk anda bawa anak yang masih kecil disebabkan pantainya mempunyai jajaran pasir yang landai.(Foto: Tenggol Island)

4. Pulau Sebatik, Tawau Sabah


Walaupun pulau ini berkongsi pemilikan antara Malaysia & Indonesia, tetapi pulau ini masih tersenarai sebagai pulau tercantik di Malaysia yang perlu anda kunjungi. Populasi orang Sebatik Malaysia dianggarkan 20,000 orang manakala orang Sebatik Indonesia sekitar 80,000 orang.(Foto: SugarLessCoffee)

5. Pulau Bum Bum, Semporna Sabah


Sedap nama pulau ini, bum bum. Pulau Bum Bum terletak berhampiran perairan Semporna, Kunak & Lahad Datu. Antara hasil bumi paling popular di pulau ini ialah rumpai laut yang berpotensi besar untuk dikomersialkan disebabkan permintaanya yang luas. (Foto: Devianart)

6. Pulau Mataking, Sabah


Di sini anda boleh snorkelling, berbulan madu, dan diving sambil bercuti. Kedalaman pulau ini sekitar 100m. Untuk ke ke sini, anda boleh naik bot dari Sipadan. Perjalanan memakan masa lebih kurang 80 minit.


Tuesday 19 May 2015

6 Tips Untuk Kelihatan Lebih Menarik Dalam Gambar

Posted By: readnext - 20:10


Bagi sesetengah orang, berada di dalam gambar memang satu perkara yang susah. Walaupun semasa bergambar anda sudah melebarkan mulut untuk senyum, tetapi di dalam gambar, masih lagi kelihatan seperti tidak bermaya dan kekok dalam gambar. 

Ok. Sebenarnya, untuk kelihatan menarik dan semula jadi di dalam kamera memerlukan latihan. Jika anda melihat artis mengambil gambar dan merasakan mereka seperti sangat natural, sebenarnya tidak. Ini tips-tips yang boleh digunakan untuk kelihatan lebih menarik di dalam gambar.

1 - Jangan berdiri tegak / lurus


Berdiri tegak didepan kamera akan menyebabkan badan kita kelihatan seperti tidak selesa berada di depan kamera. Lebih teruk, ia akan menyebabkan kita kelihatan seperti "old-fashioned". Cuba berdiri dengan memusingkan sedikit badan anda. Ia akan membuat anda kelihatan lebih natural dan fotogenic.


2 - Satu Lengan di luar


Anda biasa melihat artis-artis mengambil gambar dengan memastikan tangan mereka memegang pinggang. Ia bukan satu stail, tetapi satu cara untuk kelihatan lebih menarik dalam gambar. Dengan ini, bentuk badan anda akan kelihatan lebih terserlah.


3 - "Money", bukan "Cheese".

Ya, dengan menyebut "Cheese" anda akan kelihatan tersenyum di dalam gambar, tapi senyuman itu akan kelihatan tidak semula jadi dalam gambar. Jika anda menyebut "Money" pula, senyuman anda akan kelihatan lebih semulajadi kerana dengan menyebut perkataan itu, mata anda akan sedikit mengecil yang mana akan membuatkan senyuman anda kelihatan lebih semula jadi.

4 - Letakkan lidah di lelangit mulut  dan luaskan mata


Untuk mengelakkan senyuman yang berlebihan, gunakan tips ini. Ini akan membuatkan anda kelihatan selesa untuk mengambil gambar.


5 - Jangan berdiri paling dekat dengan kamera jika mengambil gambar beramai-ramai.


Jangan berdiri paling dekat dengan kamera, atau anda akan kelihatan lebih besar dan sangat tak normal. Jadi, pastikan posisi anda dan orang lain dalam kamera adalah sama.


6 - Dahi kedepan.

Jika anda mahu mengambil gambar potret yang sempurna, pastikan dahi anda berada didepan. Jika tidak, anda akan kelihatan gemuk kerana "double chin" yang bakal keluar jika anda tidak memanjangkan leher anda.







sumber : siakapkeli

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.