Tuesday 5 May 2015

Nahas DUKE : 90 Peratus Siasatan Kes Siap – Polis

Posted By: readnext - 02:09

Share

& Comment




KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap kes kemalangan yang membabitkan tiga kematian di Lebuhraya DUKE awal pagi Sabtu lalu sudah 90 peratus siap, kata Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Mohd Fuad Abd Latiff.

Beliau berkata siasatan dijalankan daripada pelbagai sudut dengan mengambil kira bagaimana pelanggaran berlaku serta mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai menjadi punca kemalangan.


Beliau juga berkata pembabitan Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam siasatan polis juga tidak diperlukan kerana peranan badan itu adalah untuk menjalankan penyelidikan dalam aspek keselamatan jalan raya.

“Saya terpanggil untuk merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang menyatakan terdapat banyak pihak mempertikaikan kemalangan antara dua kereta Perodua MyVi dengan pacuan empat roda model Pajero Sports, hari ini.


“Ingin dijelaskan, rata-rata di media sosial, isu hanya mempertikaikan mengenai kegiatan kereta berlumba dengan kelajuan yang tinggi sehingga menyebabkan kemalangan maut itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Fuad berharap orang ramai tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan spekulasi negatif sehingga membangkitkan ketidakpuasan hati masyarakat terhadap PDRM.

Semalam, Abdul Aziz berkata MIROS akan bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan berhubung nahas di Lebuhraya DUKE itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa. – BERNAMA



sumber : bernama

About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.