Antara destinasi percutian pilihan ramai ialah bercuti di pulau-pulau tercantik di Malaysia seperti Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Sipadan, Pulau Redang, dan Pulau Kapas.
Pulau-pulau yang disenaraikan itu antara pulau yang sememangnya popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kalau tak ke Pulau Langkawi, mereka akan ke Pulau Tioman. Pusing-pusing situ sahaja.
Untuk artikel kali ini jom lihat antara pulau-pulau yang tercantik, namun tak ramai yang tahu.
Antaranya:
1. Pulau Banggi, Kudat Sabah
Menurut sumber, Pulau Banggi merupakan pulau terbesar di Malaysia diikuti Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Pulau ini terletak di utara Sabah, berdekatan dengan Teluk Marudu. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot laju dari Teluk Marudu atau dari Kudat. (Foto: SunnyRainbowsTours)
2. Pulau Aur, Mersing Johor
Jika di Semenanjung, anda boleh ke Mersing Johor. Di sana terdapat sebuah pulau yang diberi nama Pulau Aur. Namun untuk ke pulau ini, anda terpaksa berdikari mencari bot sendiri. Tiada agensi pelancongan yang akan menguruskan percutian anda ke pulau tersebut. (Foto: Naomi T)
3. Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Pulau Perhentian & Pulau Redang antara pulau paling popular di Terengganu. Namun tak ramai tahu adanya Pulau Tenggol melainkan anda yang meminati scuba diving. Pulau ini sesuai untuk anda bawa anak yang masih kecil disebabkan pantainya mempunyai jajaran pasir yang landai.(Foto: Tenggol Island)
4. Pulau Sebatik, Tawau Sabah
Walaupun pulau ini berkongsi pemilikan antara Malaysia & Indonesia, tetapi pulau ini masih tersenarai sebagai pulau tercantik di Malaysia yang perlu anda kunjungi. Populasi orang Sebatik Malaysia dianggarkan 20,000 orang manakala orang Sebatik Indonesia sekitar 80,000 orang.(Foto: SugarLessCoffee)
5. Pulau Bum Bum, Semporna Sabah
Sedap nama pulau ini, bum bum. Pulau Bum Bum terletak berhampiran perairan Semporna, Kunak & Lahad Datu. Antara hasil bumi paling popular di pulau ini ialah rumpai laut yang berpotensi besar untuk dikomersialkan disebabkan permintaanya yang luas. (Foto: Devianart)
6. Pulau Mataking, Sabah
Di sini anda boleh snorkelling, berbulan madu, dan diving sambil bercuti. Kedalaman pulau ini sekitar 100m. Untuk ke ke sini, anda boleh naik bot dari Sipadan. Perjalanan memakan masa lebih kurang 80 minit.
0 comments:
Post a Comment