Thursday, 14 May 2015

(Destinasi Cuti) Pulau Redang

Posted By: readnext - 07:54

Share

& Comment



Pulau Redang, terletak 45km di luar pesisir pantai Kuala Terengganu, merupakan pulau terbesar dalam sembilan buah pulau yang dilindungi di Laut China Selatan. Pulau ini menawarkan air laut sejernih kristal dan banyak tempat menyelam untuk keseronokan anda. Terlindung diantara Taman Marin Pulau Redang, air di sini kaya dengan hidupan marin. Pada waktu tengahari apabila cahaya matahari menyinari laut, terumbu karang yang cantik, buran dan ikan dapat dilihat.


Perairan di sekitar Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal karam bersejarah: H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse, yang karam di sini sewaktu permulaan Perang Dunia II, di mana berlakunya pendudukan Jepun di Malaya. Pulau syurga ini sempurna untuk aktiviti snorkel, berenang, menyelam skuba, memasuki hutan, menaiki bot dan berkayak. Memancing tidak dibenarkan di dalam jarak 3.2km dari pulau kerana Pulau Redang diwartakan sebagai taman marin. Mengumpul terumbu karang dan hidupan akuatik lain adalah dilarang sama sekali. Berjaya Resort menawarkan padang golf dengan panorama yang indah.





Panduan Perjalanan

Menaiki Bot
Mulakan pengembaraan meneroka pulau anda dengan menaiki bot di mana-mana jeti di Kuala Terengganu dan Marang. Masa perjalanan ke Redang ialah satu jam dari Kuala Terengganu dan 50 minit dari Marang.


sumber : tourismmalaysia

About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.