Monday 11 May 2015

Billionaire Dari China Ini Bawa 6,400 Pekerjanya Makan Angin di Paris dan Cote d'Azur

Posted By: readnext - 21:16

Share

& Comment



Seorang billionaire dari China, telah membelanjakan 33 Juta Euro atau bersamaan RM133.12 juta untuk membawa 6,400 orang kakitangannya bercuti selama empat hari ke Perancis.

Beliau berbuat demikian bagi menghargai para pekerjanya sempena sambutan ulang tahun ke 20 syarikatnya iaitu Tiens Group Company.

Memetik laporan DailyMail, Pengerusi Kumpulan Tiens, Li Jinyuan, 57, merupakan antara individu terkaya yang disebut majalah Forbes, memberikan kejutan istimewa dengan menempah sebanyak 4,760 bilik dari 79 buah hotel bertaraf empat dan lima bintang di Cannes dan Monaco.


Tiens Group Company merupakan syarikat konglomerat antarabangsa yang menjalankan perniagaan berkaitan bioteknologi, pengurusan kesihatan, e-dagang, perhotelan dan pelancongan.

Kumpulan besar pelancong dari China ini menggunakan khidmat 147 buah bas untuk mengambil mereka dari hotel ke Promenade des Anglias di Nice. Pegawai Guinness World Record dalam pada itu mengesahkan rantaian manusia terbesar di dunia.



6,400 pekerja beliau menyusun diri mereka sendiri untuk membentuk ayat 'Tiens' dream is Nice in the Cote d'Azur', juga bagi menyambut 20 tahun usahasama di antara syarikat China dan rantau Perancis.

Syarikat dibawah kendalian Jinyuan itu menghabiskan 13 juta Euro (RM52.44juta) di Paris dengan melawat Menara Eiffel, Arc De Triomph dan Louvre.



Manakala di Nice pula beliau membelanjakan 20 juta Euro (RM80.68 juta) untuk pekerja-pekerjanya menginap di hotel Cannes dan Monaco, di mana tempat tersebut merupakan lokasi tumpuan orang kaya dan terkenal dari seluruh dunia.



sumber : dailymail

About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.