.

.
Powered by Blogger.

Tuesday, 23 June 2015

Bahana Main Mercun, Telapak Tangan Berkecai

Posted By: readnext - 23:18




Setiap kali tiba bulan Ramadan dan Syawal, antara berita yang ‘wajib’ dilaporkan adalah tentang kecederaan yang menimpa kanak-kanak akibat mercun.

Tak terkecuali tahun ini, walaupun baru menjengah hari keenam puasa namun kecelakaan bermain mercun sudah mendapat perhatian media.

Lihat Juga : Jutawan Arab Bakal Kahwini Pondan Lepas Belanja RM300K



Satu kejadian malang telah menimpa seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Tanjung Sepat, Banting, Selangor akibat bahan letupan tersebut.

Memetik laporan dari akaun Facebook Friends of PDRM, pengendali menyatakan insiden malang itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut sedang bermain bersama rakan-rakannya di luar rumah selepas waktu berbuka.



Berdasarkan laporan sama, kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tanjung Sepat sebelum dibawa ke Hospital Daerah Banting.
Terkini, dia sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Klang.

Menerusi ruangan komen, segelintir pihak meluahkan kekecewaan terhadap kawalan ibu bapa yang longgar sehingga membiarkan anak mereka keluar pada waktu malam dan bermain mercun.

Ya, nasi sudahpun menjadi bubur. Harapnya laporan seperti ini akan menjadi pengajaran kepada individu di luar sana untuk sentiasa peka dengan aktiviti anak-anak.

– MYNEWSHUB.CC

Pengalaman Pahit Jep Sepahtu Cedera Bermain Meriam Buatan Sendiri








Monday, 22 June 2015

(Video) Bagaimana Nak Bagi Fresh Pisang Yang Dah Busuk?

Posted By: readnext - 22:21



BUAH pisang merupakan di antara buah yang paling cepat busuk dan rosak jika tidak dimakan dalam kadar segera.

Namun, tahukah anda buah pisang yang dah busuk boleh kembali segar seperti baharu sahaja dibeli dari pasaraya yang berdekatan dengan rumah anda.
Ha, tak percaya?

Jom tiru trick lelaki ini yang mana anda cuma perlukan beberapa genggam beras, plastik kedap udara dan pengering rambut untuk mencuba tips ini.



(Video) Bahaya! Eskalator Tiba Tiba Patah Balik Ke Belakang

Posted By: readnext - 21:48



LEBIH daripada 20 pengunjung sebuah pusat membeli-belah di Lembah Klang melalui detik menakutkan apabila eskalator yang dinaiki mereka berpatah balik ke belakang.

Video berdurasi 1 minit 47 saat yang diperoleh menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan mereka saling terjatuh di antara satu sama lain sehingga mencetuskan kekecohan di pusat membeli-belah itu baru-baru ini.
Setakat ini video berkenaan sudah ditonton lebih 62,000 kali serta mendapat 700 likes dan 1,600 shares daripada pengguna Facebook.

Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat kecederaan di kalangan pengunjung namun ramai netizen menyatakan pendapat agar pengunjung malang terlibat menyaman shopping mall berikutan insiden itu.

Punca kejadian dikatakan berpunca daripada lebihan muatan dalam satu-satu masa sehingga menyebabkan eskalator gagal berfungsi dengan baik. – MYNEWSHUB.CC

Pengawal Penjara Guantanamo Cerita Sebab Kenapa Dia Memeluk Islam.

Posted By: readnext - 00:22



Banyak cara seseorang beralih keyakinan menjadi seorang Muslim. Salah satunya adalah anggota polis militer AS Terry Holdbrooks Jr, yang pernah menjadi penjaga penjara Guantanamo.

Di penjara inilah militer AS menahan para tokoh Alqaeda dan Taliban yang dianggap paling berbahaya. Holdbrooks bertugas di tempat paling mengerikan di muka bumi ini tahun 2002 hingga 2003.


Nurani Holdbrooks terusik saat melihat para tawanan itu diperlakukan seperti binatang. Salah satu siksaan yang sering dilakukan untuk membuat stres adalah memaksa tahanan tidur di lantai dengan suhu dingin, lalu lantai tersebut dibanjiri air dingin. Darah haid para penjaga wanita juga kerap diusapkan ke wajah para tahanan.

"Guantanamo seratus peratus berlawanan arus dengan sistem pengadilan yang kita percaya," kata Holdbrooks.

Menurut Holdbrooks, para penjaga dibohongi dengan mengatakan bahawa yang ditahan di situ adalah orang-orang paling buruk di dunia. Mereka adalah orang yang memusuhi AS dan antidemokrasi.



Holdbrooks melihat fakta menarik. Walau disiksa seberat apapun, para tahanan ini tetap tegar. Di sel mereka tetap tersenyum dan berdoa lima waktu sehari. Para tahanan mengaku tak pernah takut menghadapi apapun kerana mereka merasa ada Tuhan yang selalu menjaga mereka.


Pemuda ini mulai merasa tertarik dan dia mula mempelajari Islam dan membaca-baca Alquran. Dia juga mulai membanding-bandingkan Islam dengan kepercayaan lain, Holdbrooks mula terbuka mendapat hidayah.

"Alquran adalah buku yang paling mudah difahami di dunia. Isinya mudah dan Alquran juga menjadi panduan untuk hidup," kata Holdbrooks seperti ditulis NEW YORK DAILY NEWS.

Dia kemudian memeluk Islam. Namun baru sebatas berpindah keyakinan.

Tahun 2003 adalah masa sulit untuknya. Dia meninggalkan Pangkalan AL AS di Kuba itu dan kembali ke AS. Holdbrooks sering merasa tertekan atas apa yang dilihatnya di Guantanamo. Lelaki ini berlari ke rokok dan minuman keras.

Tahun 2005, Holdbrooks tersedar. Dia mulai berkomitmen penuh mengamalkan semua ajaran Islam. Dia memulai hidup baru dengan meninggalkan rokok dan minuman keras. Holdbrooks juga tidak meninggalkan solat lima waktu dan menjadikannya rutin harian. Holdbrooks mulai menyuarakan apa yang terjadi di Guantanamo. Dia ingin dunia tahu soal kekejaman yang dilakukan AS pada musuh mereka.

"Islam mengajarkan jika kamu melihat ketidakadilan, maka lawan lah dengan sedaya upaya," kata Holdbrooks.

Holdbrooks menjadi pembicara di Muslim Legal Fund of America. Dia mengelilingi AS untuk membuka mata masyarakat soal terorisme.

Bukan perkara mudah berbicara di depan rakyat AS soal Guantanamo. Holdbrooks sering dibuli dan dikatakan sebagai seorang pengkhianat. Namun lelaki ini yakin apa yang dilakukannya adalah memperjuangkan kebenaran.


sumber : viraliyat

Friday, 19 June 2015

(Video) Comel.. Budak Menangis Sebab Ikan Peliharaan Mati

Posted By: readnext - 08:16



GELAGAT seorang budak lelaki comel yang menangis kerana kehilangan ‘sahabat’ kesayangan iaitu seekor ikan emas telah menarik perhatian pengguna laman sosial di seluruh dunia.

Kanak-kanak dikenali sebagai Kowen itu tinggal di Kanada.
Rakaman tersebut dimuat naik oleh Bapa Kowen, Brooke Geherman pada bulan lalu setelah isterinya merekodkan perbuatan anak lelaki mereka itu melepaskan bangkai seekor ikan emas ke dalam mangkuk tandas.



Menurut laporan portal Daily Mail, video itu bermula apabila Kowen memegang haiwan peliharaannya yang diberi nama Top, sambil menjawab soalan diajukan ibunya.

Dia turut dirakam mencium ikan itu sebelum si ibu menyuruhnya melepaskan ikan berkenaan ke dalam mangkuk tandas.
Kowen menurut arahan ibunya dengan meletakkan ikan tersebut ke dalam mangkuk tandas dan kemudian mengepam.

Namun apa yang menghibakan, setelah ikan itu hilang dari pandangan, Kowen dilihat tunduk sebelum mula sebak.

Mungkin dia baru sedar ikannya benar-benar ‘pergi’, tangisannya semakin kedengaran dan kesedihannya pun terpancar. Alahai, kesiannya…

Walau bagaimanapun, video tersebut mendapat kritikan banyak pihak akibat tindakan si ibu yang memilih untuk merekodkan Kowen menangis tanpa usaha memujuknya.

Mana taknya, setelah seketika, barulah si ibu dilihat memeluk anaknya itu.

Bukan itu sahaja, ramai pengguna turut mengkritik keputusan ibunya untuk meminta Kowen memasukkan ikan ke dalam mangkuk tandas dan dipam. Yelah, kenapa tak tanam sahaja ikan itu, kan?

(Video) Teknik Mudah Singkirkan ‘Double Chin’

Posted By: readnext - 01:17



BOLEH dikatakan kewujudan lemak bawah dagu atau lebih dikenali sebagai ‘double chin’ paling dibenci dan digeruni tidak kira oleh wanita mahupun lelaki.

Bukan sahaja kelihatan hodoh malah ianya memberi tanda seseorang itu mengalami obesiti.
Bagi yang tidak tahu, double chin atau dalam Bahasa Melayunya, dagu berganda ini wujud kerana kehadiran subcutaneous fat (lemak bawah kulit) yang mengelilingi ruangan bawah kepala di antara dagu dan leher.

Sebenarnya, terdapat teknik yang tertentu yang boleh menyingkirkan double chin yang anda miliki dengan mudah dan pantas tanpa memerlukan rawatan mahal di pusat perubatan mahupun mengamalkan senaman muka.
Ingin tahu? Tonton video ini…


Amalkan dengan kosisten maka insya-Allah anda akan merasai perubahan dagu anda. Selamat berjaya!

sumber : mynewshub

(Video) Ini Kereta Abang Saya, Minta Tolong Ajarkan..

Posted By: readnext - 00:05



SIAPA sangka gadis manis lagi pemalu ini akan melakukan aksi drift yang seterusnya membuatkan beberapa tenaga pengajar kelas memandu lesen L menjerit ketakutan.

Dalam sebuah video yang dimuat naik pada 24 Mac lepas, pemandu rali profesional Malaysia Leona Chin menyamar sebagai pelajar ‘skema’ dan lurus bendul.
Jom lihat video prank yang dijayakan oleh pemandu profesional ini!



“Ini kereta abang saya,” ujar Leona Chin kepada keempat-empat pengajar memandu tentang kereta sportnya.

Selepas membawa kereta ‘abangnya’ ke sebuah lokasi, Chin bersama-sama dengan pengajar tersebut mula melakukan rutin latihan dan ujian memandu.

“Saya fikir anda perlu berlatih memandu dengan lebih kerap,” kata seorang pengajar lelaki. Chin hanya tersenyum mendengarnya.

Di luar jangkaan pengajar terbabit, Chin mula membuat aksi ‘spin tyre’ seterusnya memasuki fasa pemanduan aksi yang dikenali sebagai ‘donut’.
Chin melakukan aksi sama ke atas seorang pengajar wanita, yang sepanjang masa menjerit sambil berpaut pada tali pinggang keledar.

Dua lagi tenaga pengajar warga asing pula, meluru keluar dari kereta selepas aksi ‘donut’ daripada Chin tamat.

“Anda hampir bunuh saya!” teriak seorang pengajar lelaki berbaju kemeja biru. Dia juga kelihatan memegang kepala bagai tidak percaya dengan apa yang telah dialami.

Untuk pengetahuan, Chin merupakan salah seorang daripada pelumba pasukan Redbull Malaysia yang sudah menyertai pelbagai temasya rali peringkat kebangsaan.



Apa yang dilakukan Chin sebenarnya merupakan aksi prank yang dibawakan oleh maxman.tv, di mana semua aksi lasak Chin dipantau tanpa membahayakan nyawa orang awam dan mangsa prank.

Sehingga kini, video prank tersebut sudah menarik 30 juta viewers di Youtube dan telah dikongsi ramai di laman-laman sosial.

sumber : mynewshub

Thursday, 18 June 2015

10 Bazaar Ramadan Anda Mesti Kunjungi Di Lembah Klang

Posted By: readnext - 19:42



ESOK semua umat Islam dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia bakal menunaikan rukun Islam ketiga, menunaikan puasa wajib di bulan Ramadan.

Pengertian puasa dari segi istilah syarak bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari berserta niat.


Bulan Ramadan juga memberikan kesempatan buat umat Islam untuk memperbanyakkan lagi ibadah sunat seperti solat Tarawikh, berzikir dan bermunajat memuji Allah Yang Maha Esa.

Dalam pada itu, seakan menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang sibuk bekerja di sekitar ibu kota untuk mencari juadah berbuka di bazar-bazar Ramadan yang terdapat di sekitar Lembah Klang.

Cakap je nak apa, pasti anda boleh dapatkannya di bazar-bazar yang dijajahi!

Di bawah kami senaraikan bazar Ramadan yang sering kali menjadi tumpuan warga kota ketika menjelang Ramadan untuk rujukan anda.

Tapi ingat ye, bulan Ramadan bukan bererti pesta makanan selepas setengah hari menahan lapar dan dahaga sebaliknya hayatilah keberkatan dan kemuliaan Ramadan itu sendiri agar ibadat puasa kita diredhai dan diterima Allah SWT.


Selamat berpuasa!



1.  Seksyen 13, Stadium Shah Alam 

Bazaar Ramadan di Seksyen 13, Stadium Shah Alam adalah yang terbesar di Selangor. Bazaar ini terkenal dengan gerai ‘Papa John’ yang sentiasa penuh dengan kunjungan orang ramai sehingga sanggup beratur panjang. ‘Papa John Kambing’ merupakan menu yang paling popular di gerai tersebut yang dikatakan sebagai Roti John yang tiada tandingan.



2.  Jalan TAR

Jalan Tuanku Abdul Rahman sememangnya telah bertahun-tahun menjadi tarikan utama warga kota di Kuala Lumpur. Antara juadah yang menjadi pujaan ramai adalah cendol serta air mata kucing yang dikatakan hanya berharga RM2.




3.  Taman Melawati

Antara hidangan lazat yang menjadi buah mulut orang ramai ialah ayam tempayan dan juga Jack Biri-Biri Stew Grill Power. Bazaar Taman Melawati ini juga besar dan mempunyai banyak gerai yang menawarkan makanan yang menyelerakan pada harga yang berpatutan.



4.  Kampung Baru 

Bazaar Ramadan di Kampung Baru menempatkan sebanyak lebih daripada 150 gerai dan terkenal dengan juadah bubur lambuk, Roti John, putu buluh, jus tebu, dan banyak lagi.



5.  SS18, Subang Jaya 

Antara bazaar yang terbesar di Subang Jaya, perniagaan dikatakan bermula seawal jam 3 petang apabila orang ramai mula tiba untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Bazaar SS18 juga dikenali dengan menu ayam golek dan kambing golek grill.



6.  Taman Tun Dr. Ismail 

Lazimnya, tarikan utama yang sangat terkenal di bazaar TTDI adalah pulut panggang. Bazaar yang terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3 ini juga menawarkan pelbagai juadah istimewa seperti tepung pelita, nasi tomato, ayam masak merah dan popiah.



7.  Jalan Telawi, Bangsar 

Terletak di hadapan masjid Bangsar, bazaar ini terkenal dengan gerai ‘Raja Murtabak’ adalah gerai menarik yang menyediakan hidangan murtabak yang dikatakan mempunyai rasa yang tiada tandingan. Antara gerai-gerai lain yang popular termasuk gerai nasi dagang dan nasi kerabu, yang sentiasa dipenuhi orang ramai yang beratur panjang.




8.  Kelana Jaya 

Bazaar Ramadhan Kelana Jaya terletak bertentangan dengan pasar raya Giant di Jalan SS6/1. Beberapa gerai menawarkan rendang daging lembu, kari kambing atau kari ayam untuk dimakan bersama nasi kukus. Selain itu, terdapat juga gerai yang menyediakan jus kelapa segar dan jus tebu tanpa bahan tambahan, nasi goreng, sotong bakar dan lain-lain.



9.  Pantai Dalam 

Terletak berhampiran bazaar Kampung Kerinchi, bazaar Pantai Dalam adalah satu alternatif yang baik bagi yang tinggal berhampiran Bangsar selain bazaar di Jalan Telawi. Bazaar ini menawarkan pelbagai juadah seperti roti jala, kuih cara, ayam percik, dan air keladi.



10. Seksyen 16, Bandar Baru Bangi 

Bazaar Seksyen 16 ini adalah antara yang terbesar di Bandar Baru Bangi. Setiap hari pada bulan Ramadan, pasti akan dipenuhi dengan kunjungan orang ramai sehingga sesak, tidak kira pada hari minggu atau hari bekerja. Hidangan yang terkenal boleh dijumpai di sini adalah seperti ayam golek, nasi ambeng dan burger bakar. – MYNEWSHUB.CC 

Sumber:  Says.com

Koleksi Gambar “Dolu-Dolu” Meriahnya Ramadan Di M’sia

Posted By: readnext - 19:08



JOM kita throwback Thursday dengan pelbagai koleksi gambar-gambar lama menyambut kemeriahan dan keberkatan bulan Ramadan.

Koleksi gambar throwback berwarna hitam putih ini diperoleh menerusi bank imej New Straits Times Press yang membawa kita mengimbau kenangan berpuasa di zaman lalu.


Salah satu gambar menarik ialah ketika mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali sedang membeli juadah berbuka puasa di sebuah gerai di Kuala Lumpur 29 tahun lalu.



Selain itu, gambar memori lain ialah ketika perdana menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman berbuka puasa bersama-sama penganjur dan peserta pertandingan Tilawah Al-Quran di Pusat Bahasa, Kuala Lumpur pada 21 Mac 1960. – MYNEWSHUB.CC









THINGS TO NOT DO DURING BULAN RAMADHAN








Wednesday, 17 June 2015

(Video) Nenek VS Kuda, Siapa Lagi Hebat Tiup Lilin Kek Hari Jadi?

Posted By: readnext - 23:37



SUDAH menjadi adat sekiranya ada sambutan hari jadi atau ulang tahun kelahiran, upacara meniup lilin di kek adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Orang yang diraikan dah tentu rasa sangat dihargai namun perkara lebih menarik adalah apa akan berlaku selepas itu.

Menerusi dua buah video unik ini, anda akan melihat dua perkara berbeza yang jarang sekali dapat dilihat ketika menyambut ulang tahun kelahiran.
Dalam video pertama, seorang warga emas berusia 102 tahun cuba meniup lilin kek ulang tahunnya namun sesuatu yang kelakar telah berlaku manakala video seterusnya pula anda akan dapat lihat seekor kuda melakukan perkara sama.





Jadi, antara nenek berusia 102 tahun dan seekor kuda itu, yang mana paling win? 
Kedua-duanya unik dan semestinya perkara ini akan menjadi kenangan serta pengalaman paling diingati dalam hidup mereka serta orang yang berada disekeliling ketika itu.

Tuesday, 16 June 2015

Guru Tarik Minat Murid Belajar Add Math Dari Game Clash of Clans

Posted By: readnext - 20:04



Nota Editor: Kisah ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Al Irfan Jani, seorang graduan dari sebuah universiti di Jepun. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga ia turut membawa manfaat untuk anda terutama ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang meningkat remaja.

“Sometimes when we can’t go against them, ride with them. It’s easier to show the right thing when we are ‘inline’ with them – anonymous”.

Petang tadi, sewaktu mengajar anak-anak Matematik Tambahan di masjid, saya perasan seorang daripada mereka, sedang sibuk mencalit-calit skrin smartfonnya. Dari gaya calitannya, SAH, memang COC. (hebat saya meneka, kan?)

COC adalah Clash of Clan, permainan pintar yang sedang hangat masa kini.



“Nurul, cuba jawab dy/dx ni. Saya nak dibezakan sebanyak dua kali,” saya saja ‘ganggu’ beliau.


– “Err… Err…” Sesekali dia membetulkan tudung Yuhanisnya. Tersipu-sipu jadinya.

“Itulah, lain kali nak ‘raid’ COC, kena ajak saya sekali,” saya seloroh.

Berdekah semua anak-anak ini ketawa. Ingatkan mereka memang tertawakan Nurul (awalnya saya sangka begitu), rupanya mereka kagum dengan saya. Mereka tak sangka cikgu dia layan juga COC.

– “Cikgu, cikgu, dah sampai level berapa?”
– “Cikgu, ‘gems’ / mines boleh share ke? Saya tak faham.”
– “Jom cikgu, jom, esok 11 malam kami ada ‘raid’.”

Melihatkan mereka berminat benar dengan cerita COC, lantas saya pun buka tawaran begini:

“Ok, saya nak ‘lawan’ macam ni. Siapa yang ‘Experiences’ paling tinggi di sini, dia berhak mematikan semua telefon di sini. Amacam?”

Dengan sepantas kilat, masing-masing membuka smartfon mereka, dan meletakkan di atas meja. Terkejut betul saya dibuatnya. Nisbah 8 daripada 10 orang rupanya memang bermain COC. Yang introvert, ekstrovert, yang jenis cepat tangkap, jarang buat kerja rumah, ramai yang main permainan ini.

Saya pun membuka smartfon saya. Mereka semua meluru ke meja saya. Sampai bergaduh berhimpitan, nak tengok sangat saya punya ‘Exp’ (tahap dalam COC).

– “WAH!! BANYAKNYA EXP!”
– “PERKH! GILA, JALAN SENDIRI…”
– “POWER BETUL…”

“Ya, kawan-kawan. COC saya memang jalan sendiri. Automatik.” Saya terangkan dengan sejelasnya.

Kemudian, saya tunjukkan satu per satu. Memang gila mereka dibuatnya, bila melihatkan semua watak di dalam akaun saya berjalan sendiri, automatik. Sesekali bertukar aktiviti. Tanpa saya menyentuhnya langsung.

– “Wah, cikgu. Jom lah ajar kami main macam tu.”
– “Saya pun nak main COC style ‘malas’ macam cikgu.”
– “Kita buat kelas khaslah untuk strategi COC ni, nak? Kita sanggup bayar…”

“OK, sekarang, saya akan ‘curi’ masa lima minit. Saya akan ajar macam mana nak jadikan COC ini automatik.”

Muka masing-masing dah bersinar. Teruja betul. Ada yang terus simpan buku. Ada yang buka buku nota conteng peribadi. Seorang tu, sampai pinjam pen di sebelah (dakwat habis agaknya).


SRETT… SRETT… Saya padam papan putih, dan mulakan pengajaran.

“Baik, sebelum saya perkenalkan satu Apps ni, kita harus pandai menulis satu skrip programming. Mula-mula, kita kena faham ‘bahasa’ yang digunakan oleh smartfon ini, dan tulis ‘arahan’ dalam bahasa itu.”

Saya pun menconteng.

Sekejap-sekejap, saya tunjukkan pemahaman graf, paksi-x, paksi-y, yalah, sebab kita nak tahu kedudukan Touch/sentuhan untuk skrin smartfon. Barulah kita tahu macam mana nak arahkan ‘troops’.

Sesekali melompat ke topik Probability. Selit subjek ratio lah bagai. Kena tahu juga, berapa gems kita perlukan. Nak ‘farming’ lagi, kena guna arahan IF/ELSE.

Lepas tu, nak pilih ‘town halls’ lagi. Terselit Quadratic Function, sebab kita nak persiapkan diri untuk banyakkan ‘raid’, dan tingkatkan aktiviti ‘collect resources’, nak ‘upgrade’ bangunan lagi….. Phew…

Sengaja saya ajar mereka dengan laju. Masing-masing dah bersimpang-siur buku rujukan Matematik Tambahan itu dibelek-belek mereka. Sebab dah selalu sangat saya lompat-lompat topik.

Cukup 5 minit. Semua tercengang. Sampai cincai boncai papan putih dibuatnya.

“Kawan-kawan…” Saya memang bahasakan mereka begitu.

“Tengoklah! Di depan mata kalian. Satu nota pun tak sempat ditulis. Satu apa pun anda tak faham, kan?”

Dengan tona suara saya yang sedikit tinggi dari biasa, saya pasti mereka dapat ‘menangkap’ apa maksud tersirat dari pengajaran saya tadi.

“Macam mana kalian nak faham apa yang saya buat dengan Apps dan Sofwer ini, kalau ilmu yang paling ASAS pun belum dikuasai? ‘Addmath’ ini baru yang sedikit. Belum lagi masuk topik-topik baru di luar subjek?”

Kali ini saya cuba sejukkan suara ini.

“Orang lain berlumba-lumba mencipta teknologi, kita tercengang-cengang di sini, jadi HAMBA. HAMBA TEKNOLOGI. Orang lain yang buat games, reka itu ini, kita sampai mati pun MEMBELI, dan guna buta-buta. Sampai bila kita nak jadi pencipta? Puncanya? Sebab kita tidak kuasai ASAS-ASAS ilmu ini. Asas kiraan, asas hukum, formula, logik, mantik…”

Mereka masih diam membantu. Tertunduk.

“Macam mana nak faham ASAS yang sedang saya ajarkan selama ini, kalau kita sendiri masih asyik dengan dunia sendiri?”



“Saya nak buat pengakuan. Akaun COC ini bukan saya punya. Saya diupah dari customer luar negara, untuk servis meng’aktif’kan akaunnya. Saya dibayar, matawang, US Dollar.”

“Kalian sendiri pun, beli itu dan ini, guna duit siapa? Hotspot tu siapa yang bayar? Kelas yang membayar saya untuk berdiri di depan ini, siapa yang tanggung?”

Terangguk-angguk mereka. Ada yang menitis airmata. Tak tahu kenapa. Sedih ke, menyesal ke, saya sekadar lihat dari luaran.

“Jadi, bolehkah izinkan saya untuk mematikan semua smartfon di sini?”

– “Ok cikgu. Maaf cikgu…”
– “Ya, ‘Experiences‘ memang mahal.”
– “Sekarang juga saya ‘uninstall‘ cikgu.”
Ada 4, 5 orang keluarkan smartfonnya dan letakkan di meja saya. Sukarela.

Kini, saya melihat wajah-wajah anak ini, tidak seperti biasa. Kali ini, saya pasti, di depan saya ini, adalah anak-anak yang semakin kental jiwanya.

TENAGA.
Adalah sesuatu yang sering perlu kita kongsikan sama-sama.


sumber : fbalirfanjani, babab.net, thevocket

(Video) Pengajaran Untuk Pembuli Yang Suka Tunjuk Kuat!

Posted By: readnext - 19:31



INI sebabnya kenapa gejala buli sepatutnya sudah ‘lapuk’ atau tidak lagi wajar berlaku pada zaman sekarang.

Masyarakat sekarang sudah tidak lagi sama dengan dahulu di mana dalam setiap kes buli, si pembuli sememangnya nampak gah, kuat dan sentiasa digeruni.
Kini, pembuli yang selalu tunjuk lagak lazimnya akan terima padah atau pengajaran semula oleh individu yang dibuli.

Lihat sahaja video ini, tak pasal-pasal si pembuli jadi mangsa dan dibelasah cukup-cukup, padan muka dia!

Menerusi video berdurasi kurang dari 1 minit ini, si pembuli yang cuba tunjuk kuat itu dilihat terima pengajaran apabila dia akhirnya dibelasah dengan tumbukan bertubi-tubi daripada mangsanya.

Sekurang-kurangnya dapatlah dia merasa apa namanya karma kan?


sumber : mynewshub

Ngeri.. Bintang Rugbi Patah Tangan Ketika Gusti Lengan Dalam TV

Posted By: readnext - 19:15
Ngeri..Bintang Rugbi Patah Tangan Ketika Gusti Lengan Dalam TV



SEORANG bekas bintang pemain rugbi mengalami nasib kurang baik apabila tangannya patah ketika siaran langsung satu program televisyen (TV) di Australia.

Ben Ross muncul dalam The Footy Show bersama seorang lagi bintang rugbi, Wendell Sailor, untuk acara gusti lengan yang disiarkan secara langsung.


Malangnya, pertarungan mereka tidak berakhir dengan baik apabila tangan Ben patah ketika sedang bertanding.

Lebih menggerunkan apabila bunyi tangan Ben yang patah dapat didengari oleh penonton dan orang ramai!


Susulan itu program terpaksa dihentikan serta merta sebelum Ben dikejarkan ke hospital di Sydney.


Keadaannya kini dilaporkan stabil.




Berikutan tragedi mengerikan itu, Wendell menyatakan dia tidak akan bergusti lengan lagi kerana serik.

Walau bagaimanapun, Ben memberitahu Wendell supaya jangan berasa serba salah dengan apa yang berlaku dan dia mahukan pertarungan antara mereka diteruskan dengan menggunakan tangan kiri pula nanti.

Lihat Juga : 8 Kematian disebabkan "Airbag", Honda Tarik Balik 34 Juta Kereta

sumber : mynewshub

Lelaki Ini ‘Insaf’ Selepas Parkir Kereta Di KL Sentral

Posted By: readnext - 06:47


MUNGKIN ada yang menganggap kadar bayaran tempat letak kereta yang dikenakan ini tidak masuk akal, akan tetapi itulah realiti di ibu kota.

Antara yang menjadi ‘mangsa’ adalah seorang pengguna Facebook, Khairol Anuar yang nyata terkejut apabila dikenakan kadar bayaran sebanyak RM392 bagi empat hari meletakkan kereta di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Khairol yang berkongsi resit bayaran sebagai “iktibar” buat pemandu lain agar pisang tidak berbuah dua kali menarik perhatian netizen yang turut terkejut dengan kadar yang dikenakan.

“Tidak masuk akal. Sila buat laporan kepada persatuan pengguna,” kata seorang pengguna Facebook, Hasmil Faizal

Difahamkan, Stesen Sentral sememangnya hanya mengenakan kadar mengikut jam dan tiada kadar harian menyebabkan kadar bayaran yang dikenakan kepada Khairol kedengaran agak melampau.

Kesimpulan, kita sebagai pengguna haruslah peka meskipun terhadap perkara-perkara kecil seperti kadar tempat letak kereta yang dikenakan.





Sumber : – MYNEWSHUB.CC

(Video) Lembaga Aneh Dirakam Panjat Dinding Flat!!?? Apakah?

Posted By: readnext - 04:25



SEORANG penghuni flat di Bedok South Road, Singapura mencetuskan seram di kalangan penghuni lain apabila mendakwa terlihat lembaga hitam bergentayangan di koridor Blok 70 bangunan perumahan tersebut.
Tambah menyeramkan apabila penghuni itu menyertakan video kejadian yang dipos ke Facebook Real Ghost Stories, Sabtu lalu.

Bersama video itu dia menulis caption:

“FIGURE CAPTURED ON MOBILE, BLOCK 70, BEDOK SOUTH ROADBefore i captured this video from my mobile,i saw the figure hovering and flying,i thought of bird but it not a bird or pipe beside the wall…my flat just in front of that block,i quickly walk, take a lift,and find out is not pipem or what ever it is… but the figure.. black figure..”

(Sebelum menangkap video ini menggunakan telefon bimbit, saya ternampak lembaga seakan-akan sedang terbang dan berlegar, saya terfikir mungkin burung tapi bukan burung mahu pun paip yang terdapat di dinding bangunan.. flat saya berdepan dengan blok tersebut jadi saya segera berjalan ke sana, ambil lif dan dapati memang tiada paip atau apa pun.. lembaga itu berwarna hitam…)
Ok cuba saksikan video yang diambil penghuni flat tersebut di bawah dan fikir adakah ianya memang satu rakaman seram atau mata yang tersilap pandang?



Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri! – MYNEWSHUB.CC




sumber : mynewshub



Pengguna Waze Kini Boleh Minta ‘Terminator’ Tunjukkan Jalan

Posted By: readnext - 03:49



SIAPA yang tidak tahu aplikasi Waze pada zaman sekarang?

Aplikasi navigasi yang memberikan informasi trafik dalam bentuk masa nyata ini telah banyak membantu pemandu-pemandu di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Sejak dimiliki oleh Google, pelbagai penambahbaikan pada fungsi aplikasi ini telah dibuat.

Salah satunya adalah pilihan suara yang memberi arahan daripada pilihan sama ada Bahasa Melayu, sehinggalah boleh memilih suara artis dan selebriti.



Terkini, bersempena dengan filem Terminator Genysis, Waze turut menambah suara Arnold Schwarzenegger pada penawaran mereka.

Kemaskini terbaharu ini membolehkan pemandu yang berminat untuk mendengar suara Schwarzenegger bagi mengikuti arahan daripada Waze.
Untuk mengubah suara tersebut, anda hanya perlu membuka aplikasi Waze, dan tap pada butang Settings, pilih Sound – Navigation Guidance dan pilih pilihan English (US) Terminator Genisys.


sumber :  MYNEWSHUB.CC

Lelaki Saman KFC, Gara-Gara Pesan Ayam Goreng Dapat Tikus Goreng

Posted By: readnext - 03:29



Geli dan menjijikkan!! Niat seorang lelaki yang mahu menikmati keenakan dan kerangupan ayam goreng KFC akhirnya terbantut apabila pesanan yang diperolehinya adalah seekor tikus goreng!


Hal itu terjadi kepada Devorise Dixon, daripada California, Amerika Syarikat, apabila berkunjung ke restoran berkenaan pada Jumaat lalu.



Jika diperhatikan gambar tikus goreng yang sudah menjadi viral itu, ia jelas menunjukkan bentuk badan haiwan tersebut termasuklah bahagian ekornya.

Meskipun pihak pengurusan restoran berkenaan segera menukarkan menu tersebut dan memohon maaf, Dixon nampaknya membawa hal berkenaan kepada tindakan undang-undang.


Dia kemudiannya mengupah peguam untuk menuntut ganti rugi.

“Datang semula ke KFC dan bercakap dengan pengurusnya. Dia mengakui bahawa ianya seekor tikus dan memohon maaf, tibalah masa untuk mengupah peguam!!!

“Berhati-hati, jangan makan makanan segera!!," demikian memetik posting Dixon di laman Facebooknya.

Kalau sampai tergoreng tikus, memang nampaknya pihak pengurusan KFC cawangan ini tidak menitikberatkan soal kebersihan premis, terutamanya di dapur. - Siakapkeli.my


sumber : siakapkeli

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.