Wednesday 10 June 2015

Brad Pitt, Angelina Jolie Terbang Ke Perancis Naik Kelas Ekonomi

Posted By: readnext - 05:58

Share

& Comment




BRAD Pitt dan Angelina Jolie merupakan antara pasangan yang paling kaya dan berpengaruh di dalam dunia.

Namun, ramai pihak memuji tindakan pasangan yang digelar Brangelina itu mengambil penerbangan kelas ekonomi ketika dalam perjalanan dari Paris menuju ke Nice, baru-baru ini.
Walhal dengan kekayaan mereka, pasti tiket penerbangan kelas pertama atau menyewa jet peribadi tidak menjadi masalah buat mereka.

Turut kelihatan ialah keenam-enam anak mereka yang turut serta dalam rombongan percutian kali ini.
Pasangan yang dikenali mementingkan kesederhanaan ini mungkin mahu membiasakan anak-anak mereka dengan kehidupan seperti mana orang biasa selain enggan terlampau memanjakan putera dan puteri mereka dengan segala layanan istimewa seperti mana yang diperoleh golongan selebriti lain.



Menerusi gambar-gambar yang ditangkap secara tersembunyi ini, Brad dan Angelina serta anak mereka, Maddox, 14, Pax, 12, Zahara, 10, Shiloh, 9, Knox dan Vivienne, 6, turut dihat mengangkat sendiri beg mereka seperti mana penumpang lain dalam pesawat tersebut. - MYNEWSHUB.CC


sumber : mynewshub

About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.