Tuesday 16 June 2015

(Video) Isu Nasi Goreng Tanpa GST, Ahmad Maslan Tidak Kisah Kena 'Bantai'

Posted By: readnext - 02:55

Share

& Comment




Sebelum ini menjadi viral dilaman sosial terutamanya Facebook dan Twitter apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah berkongsi di laman Twitternya gambar dia menyediakan nasi goreng tanpa GST.
Di dalam video berkeaan Ahmad melahirkan rasa pelik dengan sikap masyarakat di negara ini yang lebih tertarik dengan status ‘Nasi Goreng Tanpa GST’ berbanding isu politik di laman Twitternya.

Dia tidak menyangka bahawa gambar yang di Twittnya itu mendapat perhatian sehingga menjadi viral di laman sosial.


“Orang tanya betulkah, semua barang-barang itu tidak digunakan GST, saya kata betul lah. Sebab beras, gas minyak masak kemudian daging, ayam yang saya potong-potong dimasukkan dalam nasi goreng itu semuanya tidak dikenakan GST termasuklah garam, gula dan telur.
“Apabila saya cerita mengenai pembangkang berpecah, PasMa akan tubuhkan parti baru hanya empat orang yang retweet . Tapi bila saya sebut pasal masak tu, ribuan maklumbalas yang diterima, pelik jugalah” katanya.



Menurut beliau, dalam ramai-ramai mengkritik ada juga yang memujinya nasi goreng yang dimasaknya.

“Memang saya buat hiasan macam tu, apa boleh buat memang saya suka begitu… saya angkat kuali dan terus hidang bersama hiasan di tepi kuali.. itu memang kaedah saya… lepas tu ada pula yang sokong, dia kata saya itu memang style Perancis.

“Saya dah memang selalu kena bantai jadi saya tak kisah pun kalau orang bantai  bila saya sebut seperti itu, positifnya baru masyarakat tahu barangan seperti gas, minyak masak tiada GST.

“Semua barangan dan bahan mentah yang digunakan untuk memasak di rumah semuanya kosong GST” ujar beliau sambil di sambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang hadir.


Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO pada minggu lalu itu berkongsi resipi dan cara memasak nasi goreng serta petua untuk mengelak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada lebih 1,500 Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad lalu yang turut dihadiri Pedana Menteri. - Siakapkeli.my



About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.