Wednesday 3 June 2015

Kempen ‘1 Anjing 10 Ringgit’ Cetus Kontroversi di Media Sosial

Posted By: readnext - 05:46

Share

& Comment




MENJADI buah mulut pengguna media sosial apabila kempen “1 Anjing 10 Ringgit” anjuran Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) mendapat pelbagai kecaman daripada netizen.

Dalam kempen yang akan diadakan pada 3 hingga 12 Jun ini, orang ramai akan diberi imbuhan pada setiap ekor anjing yang diserahkan ke Pejabat Daerah Tanjong Malim di Behrang, Perak.

Kempen yang menunjukkan gambar anjing garang itu terbuka kepada semua penduduk Tanjong Malim dan Slim River di mana mereka akan dibayar RM10 untuk seekor anjing.


Pautan poster di Facebook itu menaikkan kemarahan segelintir pengguna internet kerana dianggap tidak berperikemanusiaan.

Seorang pengguna berkata, bagaimana membunuh anjing yang tidak berdosa itu diberi ganjaran RM10?

Manakala seorang lagi pengguna berkata dia akan menyebarkan berita itu supaya seluruh dunia tahu betapa buruk sikap majlis daerah.

Ramai yang meminta supaya Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) masuk campur dan ambil tindakan supaya program itu dibatalkan.

Walaubagaimanapun, hari ini melalui laman Facebook mereka, pihak MDTM telah memohon maaf dan memutuskan untuk membatalkan penganjuran kempen tersebut.



Menurut kenyataan di Facebook mereka, kempen itu sebenarnya tertumpu kepada anjing-anjing liar yang berkeliaran dan mendatangkan gangguan kepada penduduk setempat.


“Walaubagaimanapun,  pihak Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) mengambil maklum dan perhatian atas semua komen dan pandangan masyarakat terhadap isu ini.

“Untuk makluman semua, kempen ini akan diberhentikan serta-merta dan pihak MTDM akan mengkaji semula kaedah yang lebih baik bagi mengatasi masalah anjing liar yang sering diadukan pelbagai pihak,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook majlis perbandaran itu.

MTDM turut mengucapkan terima kasih terhadap semua teguran yang diberikan berhubung kempen berkenaan.


sumber : mynewshub

About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.