SEORANG bekas bintang pemain rugbi mengalami nasib kurang baik apabila tangannya patah ketika siaran langsung satu program televisyen (TV) di Australia.
Ben Ross muncul dalam The Footy Show bersama seorang lagi bintang rugbi, Wendell Sailor, untuk acara gusti lengan yang disiarkan secara langsung.
Malangnya, pertarungan mereka tidak berakhir dengan baik apabila tangan Ben patah ketika sedang bertanding.
Lebih menggerunkan apabila bunyi tangan Ben yang patah dapat didengari oleh penonton dan orang ramai!
Susulan itu program terpaksa dihentikan serta merta sebelum Ben dikejarkan ke hospital di Sydney.
Keadaannya kini dilaporkan stabil.
Berikutan tragedi mengerikan itu, Wendell menyatakan dia tidak akan bergusti lengan lagi kerana serik.
Walau bagaimanapun, Ben memberitahu Wendell supaya jangan berasa serba salah dengan apa yang berlaku dan dia mahukan pertarungan antara mereka diteruskan dengan menggunakan tangan kiri pula nanti.
Lihat Juga : 8 Kematian disebabkan "Airbag", Honda Tarik Balik 34 Juta Kereta
sumber : mynewshub
0 comments:
Post a Comment