Friday, 19 June 2015

(Video) Comel.. Budak Menangis Sebab Ikan Peliharaan Mati

Posted By: readnext - 08:16

Share

& Comment




GELAGAT seorang budak lelaki comel yang menangis kerana kehilangan ‘sahabat’ kesayangan iaitu seekor ikan emas telah menarik perhatian pengguna laman sosial di seluruh dunia.

Kanak-kanak dikenali sebagai Kowen itu tinggal di Kanada.
Rakaman tersebut dimuat naik oleh Bapa Kowen, Brooke Geherman pada bulan lalu setelah isterinya merekodkan perbuatan anak lelaki mereka itu melepaskan bangkai seekor ikan emas ke dalam mangkuk tandas.



Menurut laporan portal Daily Mail, video itu bermula apabila Kowen memegang haiwan peliharaannya yang diberi nama Top, sambil menjawab soalan diajukan ibunya.

Dia turut dirakam mencium ikan itu sebelum si ibu menyuruhnya melepaskan ikan berkenaan ke dalam mangkuk tandas.
Kowen menurut arahan ibunya dengan meletakkan ikan tersebut ke dalam mangkuk tandas dan kemudian mengepam.

Namun apa yang menghibakan, setelah ikan itu hilang dari pandangan, Kowen dilihat tunduk sebelum mula sebak.

Mungkin dia baru sedar ikannya benar-benar ‘pergi’, tangisannya semakin kedengaran dan kesedihannya pun terpancar. Alahai, kesiannya…

Walau bagaimanapun, video tersebut mendapat kritikan banyak pihak akibat tindakan si ibu yang memilih untuk merekodkan Kowen menangis tanpa usaha memujuknya.

Mana taknya, setelah seketika, barulah si ibu dilihat memeluk anaknya itu.

Bukan itu sahaja, ramai pengguna turut mengkritik keputusan ibunya untuk meminta Kowen memasukkan ikan ke dalam mangkuk tandas dan dipam. Yelah, kenapa tak tanam sahaja ikan itu, kan?

About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.