Wednesday 10 June 2015

Najib vs Mahathir dalam 'perang Pokemon'

Posted By: readnext - 05:42

Share

& Comment

Najib vs Mahathir dalam 'perang Pokemon'



Ketiadaan kelibat Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak untuk berdepan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang paling dinanti-nantikan seluruh rakyat malaysia dalam satu forum Jumaat lepas, terus dijadikan bahan jenaka di alam maya.

Kali ini, pertembungan dua tokoh besar negara itu di terjemah dalam bentuk permainan video pokemon yang pernah terkenal pada tahun 1990-an. Video yang dimuat naik menerusi laman youtube itu terus menjadi viral di media-media sosial.

Lihat Juga : Kisah Kanak2 Ini Yang Pulang Bersendirian Menaiki Bas Bakal Meninggalkan Kesan Mendalam Kepada Anda



Kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir dalam dialog disertai pengkritiknya Tun Dr Mahathir Mohamad terus diperolok orang ramai.

Terkini, meniru permainan video Pokemon yang amat popular sekitar 90-an, muncul animasi di Internet memaparkan pertelingkahan kedua-dua tokoh Umno itu.

Video itu disebarkan meluas semalam dan sudah ditonton 20,000 orang di Facebook dalam tempoh tidak sampai sehari.

Ia menjadikan Najib sebagai watak utama yang lari daripada PWTC tetapi bertembung dengan Mahahir selepas diumpan cincin emas untuk isterinya Rosmah Mansor.


Selepas beberapa kali cuba mengelak, Najib terpaksa berdepan dengan Mahathir dengan menggunakan bantuan Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ahmad pula diperolokkan dengan kenyataannya berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan Khalid dengan penggunaan Twitter yang menyaksikan beliau memberi arahan melalui media sosial itu.

Video itu berakhir dengan kemunculan Rosmah bagi membantu Najib.

Najib tidak hadir dalam dialog terus terang dengan NGO di PWTC atas faktor keselamatan selepas polis membatalkan acara itu.

Mahathir mengambil pentas dan sempat berucap sebentar sebelum dihentikan dan diiring beredar daripada bangunan Umno itu.

Selain Najib, Rosmah juga sebelum ini sudah menjadi mangsa perolokan yang memanipulasi teknologi digital.

Lihat Juga : Lelaki Ini Meneruskan Solat Walaupun Tubuhnya Sedang Terbakar

sumber : kinitv

About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.