Setiap ibu bapa mesti nak anaknya berjaya, namun ketika dalam perjalanan untuk berjaya itu memerlukan banyak pengorbanan daripada ibu bapa terutamanya dalam bentuk wang.
Memanglah itu tanggungjawab mereka, tetapi si anak pun perlulah bertimbang rasa dengan pengorbanan mereka, mungkin tidak menjadi halangan bagi keluarga yang berpendapatan tinggi tetapi berbeza dengan yang berpendapatan rendah atau cukup-cukup makan.
Entri kami kali ini nak kongsikan luahan seorang anak yang sedang melanjutkan pelajaran dimana dia rasa bersalah kerana terpaksa membebankan ibu bapa mereka.
Ya Allah..Besarnya Pengorbanan Mak Dan Ayah Padaku
Bukan itu sahaja, lepas baca betul-betul mesej dari ayahnya sendiri, kami pun tersentuh hati. Ayatnya memang ringkas tapi sangat #deep
Jangan Menangis Atas Pengorbanan Wang Ringgit Ayah
Kami pernah mengalami situasi yang sama masa kami tengah study dulu, itu yang buatkan kami makin rasa tersentuh bila terbaca luahan hati adik ini. Kadang-kadang kita dah berhabis jimat tapi terpaksa minta juga daripada orang tua, itu la buatkan kita rasa bersalah.
Yang pernah ada dalam situasi macam ni, mesti faham. Haih, sabarla dik nanti dah habis study jangan lupa balas jasa mak ayah tau. Ish! siapa pula yang potong bawang ni.
sumber : ohbulan
0 comments:
Post a Comment