.

.
Powered by Blogger.

Tuesday, 23 June 2015

Bahana Main Mercun, Telapak Tangan Berkecai

Posted By: readnext - 23:18




Setiap kali tiba bulan Ramadan dan Syawal, antara berita yang ‘wajib’ dilaporkan adalah tentang kecederaan yang menimpa kanak-kanak akibat mercun.

Tak terkecuali tahun ini, walaupun baru menjengah hari keenam puasa namun kecelakaan bermain mercun sudah mendapat perhatian media.

Lihat Juga : Jutawan Arab Bakal Kahwini Pondan Lepas Belanja RM300K



Satu kejadian malang telah menimpa seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Tanjung Sepat, Banting, Selangor akibat bahan letupan tersebut.

Memetik laporan dari akaun Facebook Friends of PDRM, pengendali menyatakan insiden malang itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut sedang bermain bersama rakan-rakannya di luar rumah selepas waktu berbuka.



Berdasarkan laporan sama, kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tanjung Sepat sebelum dibawa ke Hospital Daerah Banting.
Terkini, dia sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Klang.

Menerusi ruangan komen, segelintir pihak meluahkan kekecewaan terhadap kawalan ibu bapa yang longgar sehingga membiarkan anak mereka keluar pada waktu malam dan bermain mercun.

Ya, nasi sudahpun menjadi bubur. Harapnya laporan seperti ini akan menjadi pengajaran kepada individu di luar sana untuk sentiasa peka dengan aktiviti anak-anak.

– MYNEWSHUB.CC

Pengalaman Pahit Jep Sepahtu Cedera Bermain Meriam Buatan Sendiri








Monday, 22 June 2015

(Video) Bagaimana Nak Bagi Fresh Pisang Yang Dah Busuk?

Posted By: readnext - 22:21



BUAH pisang merupakan di antara buah yang paling cepat busuk dan rosak jika tidak dimakan dalam kadar segera.

Namun, tahukah anda buah pisang yang dah busuk boleh kembali segar seperti baharu sahaja dibeli dari pasaraya yang berdekatan dengan rumah anda.
Ha, tak percaya?

Jom tiru trick lelaki ini yang mana anda cuma perlukan beberapa genggam beras, plastik kedap udara dan pengering rambut untuk mencuba tips ini.



(Video) Bahaya! Eskalator Tiba Tiba Patah Balik Ke Belakang

Posted By: readnext - 21:48



LEBIH daripada 20 pengunjung sebuah pusat membeli-belah di Lembah Klang melalui detik menakutkan apabila eskalator yang dinaiki mereka berpatah balik ke belakang.

Video berdurasi 1 minit 47 saat yang diperoleh menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan mereka saling terjatuh di antara satu sama lain sehingga mencetuskan kekecohan di pusat membeli-belah itu baru-baru ini.
Setakat ini video berkenaan sudah ditonton lebih 62,000 kali serta mendapat 700 likes dan 1,600 shares daripada pengguna Facebook.

Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat kecederaan di kalangan pengunjung namun ramai netizen menyatakan pendapat agar pengunjung malang terlibat menyaman shopping mall berikutan insiden itu.

Punca kejadian dikatakan berpunca daripada lebihan muatan dalam satu-satu masa sehingga menyebabkan eskalator gagal berfungsi dengan baik. – MYNEWSHUB.CC

Pengawal Penjara Guantanamo Cerita Sebab Kenapa Dia Memeluk Islam.

Posted By: readnext - 00:22



Banyak cara seseorang beralih keyakinan menjadi seorang Muslim. Salah satunya adalah anggota polis militer AS Terry Holdbrooks Jr, yang pernah menjadi penjaga penjara Guantanamo.

Di penjara inilah militer AS menahan para tokoh Alqaeda dan Taliban yang dianggap paling berbahaya. Holdbrooks bertugas di tempat paling mengerikan di muka bumi ini tahun 2002 hingga 2003.


Nurani Holdbrooks terusik saat melihat para tawanan itu diperlakukan seperti binatang. Salah satu siksaan yang sering dilakukan untuk membuat stres adalah memaksa tahanan tidur di lantai dengan suhu dingin, lalu lantai tersebut dibanjiri air dingin. Darah haid para penjaga wanita juga kerap diusapkan ke wajah para tahanan.

"Guantanamo seratus peratus berlawanan arus dengan sistem pengadilan yang kita percaya," kata Holdbrooks.

Menurut Holdbrooks, para penjaga dibohongi dengan mengatakan bahawa yang ditahan di situ adalah orang-orang paling buruk di dunia. Mereka adalah orang yang memusuhi AS dan antidemokrasi.



Holdbrooks melihat fakta menarik. Walau disiksa seberat apapun, para tahanan ini tetap tegar. Di sel mereka tetap tersenyum dan berdoa lima waktu sehari. Para tahanan mengaku tak pernah takut menghadapi apapun kerana mereka merasa ada Tuhan yang selalu menjaga mereka.


Pemuda ini mulai merasa tertarik dan dia mula mempelajari Islam dan membaca-baca Alquran. Dia juga mulai membanding-bandingkan Islam dengan kepercayaan lain, Holdbrooks mula terbuka mendapat hidayah.

"Alquran adalah buku yang paling mudah difahami di dunia. Isinya mudah dan Alquran juga menjadi panduan untuk hidup," kata Holdbrooks seperti ditulis NEW YORK DAILY NEWS.

Dia kemudian memeluk Islam. Namun baru sebatas berpindah keyakinan.

Tahun 2003 adalah masa sulit untuknya. Dia meninggalkan Pangkalan AL AS di Kuba itu dan kembali ke AS. Holdbrooks sering merasa tertekan atas apa yang dilihatnya di Guantanamo. Lelaki ini berlari ke rokok dan minuman keras.

Tahun 2005, Holdbrooks tersedar. Dia mulai berkomitmen penuh mengamalkan semua ajaran Islam. Dia memulai hidup baru dengan meninggalkan rokok dan minuman keras. Holdbrooks juga tidak meninggalkan solat lima waktu dan menjadikannya rutin harian. Holdbrooks mulai menyuarakan apa yang terjadi di Guantanamo. Dia ingin dunia tahu soal kekejaman yang dilakukan AS pada musuh mereka.

"Islam mengajarkan jika kamu melihat ketidakadilan, maka lawan lah dengan sedaya upaya," kata Holdbrooks.

Holdbrooks menjadi pembicara di Muslim Legal Fund of America. Dia mengelilingi AS untuk membuka mata masyarakat soal terorisme.

Bukan perkara mudah berbicara di depan rakyat AS soal Guantanamo. Holdbrooks sering dibuli dan dikatakan sebagai seorang pengkhianat. Namun lelaki ini yakin apa yang dilakukannya adalah memperjuangkan kebenaran.


sumber : viraliyat

Friday, 19 June 2015

(Video) Comel.. Budak Menangis Sebab Ikan Peliharaan Mati

Posted By: readnext - 08:16



GELAGAT seorang budak lelaki comel yang menangis kerana kehilangan ‘sahabat’ kesayangan iaitu seekor ikan emas telah menarik perhatian pengguna laman sosial di seluruh dunia.

Kanak-kanak dikenali sebagai Kowen itu tinggal di Kanada.
Rakaman tersebut dimuat naik oleh Bapa Kowen, Brooke Geherman pada bulan lalu setelah isterinya merekodkan perbuatan anak lelaki mereka itu melepaskan bangkai seekor ikan emas ke dalam mangkuk tandas.



Menurut laporan portal Daily Mail, video itu bermula apabila Kowen memegang haiwan peliharaannya yang diberi nama Top, sambil menjawab soalan diajukan ibunya.

Dia turut dirakam mencium ikan itu sebelum si ibu menyuruhnya melepaskan ikan berkenaan ke dalam mangkuk tandas.
Kowen menurut arahan ibunya dengan meletakkan ikan tersebut ke dalam mangkuk tandas dan kemudian mengepam.

Namun apa yang menghibakan, setelah ikan itu hilang dari pandangan, Kowen dilihat tunduk sebelum mula sebak.

Mungkin dia baru sedar ikannya benar-benar ‘pergi’, tangisannya semakin kedengaran dan kesedihannya pun terpancar. Alahai, kesiannya…

Walau bagaimanapun, video tersebut mendapat kritikan banyak pihak akibat tindakan si ibu yang memilih untuk merekodkan Kowen menangis tanpa usaha memujuknya.

Mana taknya, setelah seketika, barulah si ibu dilihat memeluk anaknya itu.

Bukan itu sahaja, ramai pengguna turut mengkritik keputusan ibunya untuk meminta Kowen memasukkan ikan ke dalam mangkuk tandas dan dipam. Yelah, kenapa tak tanam sahaja ikan itu, kan?

(Video) Teknik Mudah Singkirkan ‘Double Chin’

Posted By: readnext - 01:17



BOLEH dikatakan kewujudan lemak bawah dagu atau lebih dikenali sebagai ‘double chin’ paling dibenci dan digeruni tidak kira oleh wanita mahupun lelaki.

Bukan sahaja kelihatan hodoh malah ianya memberi tanda seseorang itu mengalami obesiti.
Bagi yang tidak tahu, double chin atau dalam Bahasa Melayunya, dagu berganda ini wujud kerana kehadiran subcutaneous fat (lemak bawah kulit) yang mengelilingi ruangan bawah kepala di antara dagu dan leher.

Sebenarnya, terdapat teknik yang tertentu yang boleh menyingkirkan double chin yang anda miliki dengan mudah dan pantas tanpa memerlukan rawatan mahal di pusat perubatan mahupun mengamalkan senaman muka.
Ingin tahu? Tonton video ini…


Amalkan dengan kosisten maka insya-Allah anda akan merasai perubahan dagu anda. Selamat berjaya!

sumber : mynewshub

(Video) Ini Kereta Abang Saya, Minta Tolong Ajarkan..

Posted By: readnext - 00:05



SIAPA sangka gadis manis lagi pemalu ini akan melakukan aksi drift yang seterusnya membuatkan beberapa tenaga pengajar kelas memandu lesen L menjerit ketakutan.

Dalam sebuah video yang dimuat naik pada 24 Mac lepas, pemandu rali profesional Malaysia Leona Chin menyamar sebagai pelajar ‘skema’ dan lurus bendul.
Jom lihat video prank yang dijayakan oleh pemandu profesional ini!



“Ini kereta abang saya,” ujar Leona Chin kepada keempat-empat pengajar memandu tentang kereta sportnya.

Selepas membawa kereta ‘abangnya’ ke sebuah lokasi, Chin bersama-sama dengan pengajar tersebut mula melakukan rutin latihan dan ujian memandu.

“Saya fikir anda perlu berlatih memandu dengan lebih kerap,” kata seorang pengajar lelaki. Chin hanya tersenyum mendengarnya.

Di luar jangkaan pengajar terbabit, Chin mula membuat aksi ‘spin tyre’ seterusnya memasuki fasa pemanduan aksi yang dikenali sebagai ‘donut’.
Chin melakukan aksi sama ke atas seorang pengajar wanita, yang sepanjang masa menjerit sambil berpaut pada tali pinggang keledar.

Dua lagi tenaga pengajar warga asing pula, meluru keluar dari kereta selepas aksi ‘donut’ daripada Chin tamat.

“Anda hampir bunuh saya!” teriak seorang pengajar lelaki berbaju kemeja biru. Dia juga kelihatan memegang kepala bagai tidak percaya dengan apa yang telah dialami.

Untuk pengetahuan, Chin merupakan salah seorang daripada pelumba pasukan Redbull Malaysia yang sudah menyertai pelbagai temasya rali peringkat kebangsaan.



Apa yang dilakukan Chin sebenarnya merupakan aksi prank yang dibawakan oleh maxman.tv, di mana semua aksi lasak Chin dipantau tanpa membahayakan nyawa orang awam dan mangsa prank.

Sehingga kini, video prank tersebut sudah menarik 30 juta viewers di Youtube dan telah dikongsi ramai di laman-laman sosial.

sumber : mynewshub

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.