Wednesday 5 August 2015

Bukan Rezeki - RM150,000 Terbang di Lebuhraya

Posted By: readnext - 18:19

Share

& Comment





Kuala Lumpur: Kisah sebenar disebalik video wang kertas RM50 yang terbang bertaburan di Lebuhraya Bukit Timah Expressway, Singapura pada Isnin lalu akhirnya terbongkar. Video terbabit menjadi viral apabila dimuatnaik oleh laman web sgreckless.com

Memetik laporan dari Harian Metro, pemilik kesemua duit berkenaan, yang juga rakyat Malaysia dari Skudai Johor, Jihad Dudden Shaik Ali Khan, 24, berkata keseluruhan wangnya yang tercicir bernilai RM150,000.

"Saya anggap apa yang berlaku bukan rezeki dan mungkin ada hikmahnya," katanya memetik laporan dari Harian Metro.

Menurut pengurup wang terbabit, dia tidak sedar zip beg sandang yang mengandungi duit-duit terbabit terbuka menyebabkan wang-wang tersebut berterbangan dan bertaburan di atas jalan raya.

"Ketika kejadian pada 6.20 petang itu saya sedang dalam perjalanan menunggang motosikal jenis Yamaha untuk berjumpa seorang pelanggan, namun selepas tiba di Orchard Road saya mendapati zip beg terbuka luas dan sebahagian wang hilang.

"Lima minit kemudian ayah menghubungi saya dan beritahu ternampak pengguna jalan raya mengutip wang yang bertaburan di atas jalan raya selain turut memaklumkan kemungkinan itu duit saya," katanya.

Tambah Jihad, dia segera ke lokasi yang dan terkejut apabila mendapati seoranglelaki mengutip wangnya yang bertaburan di atas lebuhraya.

"Saya mendekati lelaki itu, tetapi selepas ternampak saya di terus melarikan diri dengan wang sebanyak RM200 daripada RM250 yang ada di atas jalan raya itu. Saya hanya sempat mengambil RM50 yang ditinggalkan lelaki terbabit," katanya.

Menurutnya, ia adalah kali pertama perkara itu terjadi sejak lebih tiga tahun dia menjadi pengurup wang.

"Apa pun saya reda dan benda ini sudah pun berlaku. Mungkin itu bukan rezeki saya sebaliknya percaya pasti ada hikmahnya.

"Saya juga baru dua bulan berkahwin dengan Norashikin Abd Kadir, 21, dan tidak menyangka semua ini akan berlaku," katanya.

Berikutan kejadian, Jihad sudah membuat laporan polis di Singapura pada hari sama kejadian berlaku. - Siakapkeli.my

sumber : siakapkeli

About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.