Berikutkan tersebarnya gambar-gambar mercun papan yang menggunakan kertas Al Quran sebagai bahan balutannya pelbagai pihak memberikan komen.
Memetik laporan The Rakyat Post, portal berkenaan telah menghubungi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk mengetahui tentang perkara ini.
"Jika meyakini kertas balutan mercun itu adalah dari helaian kertas al-Quran, perlulah mengutip semula kertas yang terbakar itu dan dibuang ke sungai atau laut."
“Helaian kertas al-Quran tidak boleh dibiarkan terbakar tanpa membuang cebisan atau abunya ke sungai atau ke laut untuk melupuskannya,” ujarnya.
Menurut Mufti Perak itu lagi, permainan mercun itu sendiri sudah dilarang oleh kerajaan kerana ia merbahaya dan banyak memudaratkan orang yang bermainnya.
“Benda kalau sudah di haramkan (dilarang) tetap haram tetapi ada umat Islam degil. Tiap tahun bila tiba hari raya mereka nak main mercun atau buat mercun sendiri.
“Ada yang hilang jari, hilang mata dan kecacatan seumur hidup, itukan merugikan diri sendiri.” ujarnya. - Siakapkeli.my
sumber : siakapkeli
0 comments:
Post a Comment