Wednesday, 8 July 2015

Lebih Banyak Subsidi Akan Dihapuskan Selepas Ini Demi Memperkukuhkan Fiskal Negara

Posted By: readnext - 15:01

Share

& Comment




KUALA LUMPUR: Berdasarkan keadaan ekonomi semasa sekarang Malaysia dijangka terpaksa mengurangkan beberapa lagi subsidi serta menghentikan pinjaman perumahan kepada kakitangan kerajaan bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara.


Memetik laporan Astro Awani, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata demikian ketika ditemu ramah bersama Bloomberg.

"Penghapusan akan dilakukan secara berperingkat melibatkan petrol, gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak."

"Naik taraf Fitch menyentuh tentang kedudukan fiskal Malaysia dan usaha kita melaksanakan konsolidasi. Justeru kita akan teruskan usaha mengukuhkan kedudukan fiskal negara."

"Akan wujud cakap-cakap, namun saya sifatkan ia hanya sementara," katanya.

Pada masa sama, Mohd Irwan berkata sebuah abdan berkanu perlu diwujudkan untuk mengambil alih pinjaman perumahan kakitangan kerajaan sekali gus meringankan beban berjumlah RM40 bilion daripada akaun kerajaan.

"Negara memperlihatkan kesungguhan memperbaiki bajet yang dibayangi hutang 1MDB."

Bagaimanapun sekali lagi saya menegaskan bahawa 1MDB adalah sebuah syarikat yang kukuh yang dimana firma berkenaan memiliki aset mencukupi untuk membayar hutang," katanya.


Bagi Presiden Dewan Perniagaan Antarabangsa Malaysia Datuk Jalilah Baba menyokong pengurangan subsidi kerana ia adalah langkah terbaik mengurangkan hutang kerajaan.

"Saya tidak rasa ia perlu dilakukan tahun ini, mungkin tahun depan atau akhir tahun depan,"

"Rakyat mesti bersikap terbuka, subsidi perlu dimansuh dan tidak boleh disediakan untuk jangka panjang," katanya dipetik Astro Awani.

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Paul Selvaraj, pengurangan subsidi tidak sesuai dilakukan pada masa sentimen pengguna masih rapuh.


"Kita harap kerajaan membantu rakyat supaya perbelanjaan mereka kurang dari segi perumahan, pengangkutan dan penjagaan kesihatan," katanya. - Siakapkeli.my

About readnext

MediumMinda is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.