Susah sekarang untuk mendapatkan susu segar yang betul-betul segar, tetapi tidak bagi penduduk sebuah jalanan di Xi’an, China di mana ada sepasang suami isteri menjual susu kambing yang paling segar.
Kenapa SK katakan segar? kerana anda hanya perlu pergi dan memesan susu kambing mereka akan akan terus memerah terus dari kambing yang di bawa.
Lepas perah terus susu tersebut sampai ketangan anda tanpa campuran sebarang ataupun pengawet.
Idea mereka membuka perniagaan seperti ini mendapat reaksi yang memberangsangkan daripada penduduk tempatan di mana kerana usaha ini mereka kini mempunyai pelanggan tetap yang mahu meneguk susu asli dan segar ini.
Mereka memerah terus di hadapan pembeli dan juga dibenarkan jika pelanggan ingin memerah sendiri susu dari kambing berkenaan.
Kambing-kambing yang di bawa adalah kambing jenis menghasilkan susu di mana dalam satu hari kambing berkenaan boleh menghasilkan kira-kira satu liter atau lebih susu.
Kambing berkenaan jika hnis susunya akan dibiarkan rehat dahulu dengan menggantikan kambing lain pada keesokan harinya.
Menurut mereka waktu yang paling sesuai untuk memerah susu adalah waktu petang di mana sewaktu itu susu yang diperah keluar begitu lancar dan mengalir laju.
Sebotol kecil susu kambing segar berkenaan dijual pada harga 10 Yuan China atau bersamaa RM6 sebotol 500 ml.
Mereka akan membawa empat ekor kambing setiap hari ke jalanan bandar yang terkenal dengan segmen permotoran di China itu. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment