.

.
Powered by Blogger.

Tuesday, 28 July 2015

(Video) Mengerikan!! Wanita Maut Di'Telan' Eskalator

Posted By: readnext - 20:38



SEORANG wanita di China menemui ajal dengan cara menyayat hati apabila ‘ditelan’ oleh eskalator ketika menggunakan tangga bergerak tersebut untuk menaiki tingkat atas sebuah pasar raya besar bersama anaknya.

Kejadian ngeri itu dilaporkan berlaku di Jingzhou kira-kira jam 10.10 pagi, beberapa hari lalu sebelum rakaman video litar tertutup berkenaan dimuat naik ke laman Youtube.
Menerusi klip berdurasi 0.35 saat itu, ia memaparkan mangsa dan anaknya menaiki eskalator tanpa gangguan teknikal sehinggalah tiba di tingkat seterusnya.

Ketika memijak lantai besi, tiba-tiba ia dilihat runtuh lantas ‘membaham’ hidup-hidup wanita berkenaan.

Lebih menyayat hati, naluri keibuan wanita itu jelas terpancar apabila dia terus menolak anaknya ke tempat selamat sebelum hilang dari pandangan.




Walaupun terdapat beberapa individu di tepi eskalator ketika kejadian berlaku, namun mereka gagal membantu mangsa untuk keluar dari lubang berkenaan.

Memetik laporan LiveLeak, jasad mangsa hanya berjaya dikeluarkan setelah tiga jam terperangkap di dalam mesin berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

sumber : mynewshub.cc

(Viral) Intipati Ucapan TS Muhyiddin Yassin Pada Mesyuarat Majlis Penutup Mesyuarat UMNO Cheras

Posted By: readnext - 20:27



UCAPAN Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam ternyata menghangatkan lagi pentas politik negara.

Selain liputan meluas media yang menjadikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai tajuk utama berita, turut menjadi viral adalah intipati ucapan Muhyiddin termasuk di aplikasi WhatsApp.

Tinjuan Sinar Online mendapati intipati ucapan itu disebarkan sejak awal pagi tadi, sejurus kenyataan 'benar tetapi pahit' ini disampaikan oleh Muhyiddin, malam tadi. 

Terdapat enam intipati ucapan yang didakwa disampaikan oleh Muhyiddin seperti yang tersebar iaitu: 

1. Rakyat meluat dan gelisah melihat melihat isu-isu dalam negara yang masih tidak diselesaikan oleh pemimpin. 

2. Kita tidak boleh berbohong pada rakyat. Kita perlu terima hakikat rakyat dibawah ingin tahu isu 1MDB degan segera. Mereka ingin tahu hutang 1MDB RM42b, laporan WSJ terhadap wang yang masuk dalam akaun Presiden, mengapa tindakan tidak diambil ke atas lembaga pengarah, pengurusan dan lembaga penasihat yang telah menyebabkan 1MDB berhutang sehingga RM42b.

3. Isu ekonomi menjadi masalah utama. Isu kos sara hidup, GST, masalah perumahan, pengangguran, jenayah dan lain-lain. Isu-isu ini masih tidak ditangani ditambah lagi pula deagn bebanan hutang 1MDB. 

4. Kita tidak mengurus persepsi deagn baik. Kita salahkan rakyat menuduh pemimpin sedangkan pemimpin tidak buat apa-apa untuk meredakan persepsi buruk ini. Pemimpin cakap sahaja tetapi tiada tindakan.  

5. Umno kehilangan 'wow' factor. Umno sudah tidak dihormati oleh ahli dan rakyat seperti dulu.  Pemimpin tertinggi umno sudah hilang kepercayaan. 'Trust deficit' parti bertambah besar. Ahli-ahli  Umno sendiri tidak yakin kita boleh meyakinkan rakyat untuk PRU 14.

6. Marilah kita cari jalan bagaimana kita boleh kembali semula ke pangkal jalan. Kalau pemimpin buat silap mohon maaf dan cari jalan menyelesaikan masalah. Jangan kita masih menidakkan apa yang benar.‎


sumber : shonline

Senarai Penuh Rombakan Kabinet Baharu 28 Julai 2015

Posted By: readnext - 20:18
Senarai Penuh Kabinet Baharu



Perdana Menteri, Menteri Kewangan
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Masir Anak Kujat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Mah Siew Keong
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Paul Low Seng Kuan
Nancy Shukri
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Ir Dr Wee Ka Siong
Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Razali Ibrahim
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Menteri Kewangan II
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan 
Chua Tee Yong
Datuk Johari Abdul Ghani

Menteri Pengangkutan
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan 
Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan 
Datuk Seri Dr Hilmi Yahya

Menteri Pelancongan 
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan 
Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri Pertahanan 
Datuk Wira Johari Baharom

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Ahmad Maslan
Datuk Lee Chee Leong

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 
Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 
Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Alexander Nanta Linggi
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 
Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 
Datuk Dr Abu Bakar Mohamd Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Azizah Mohd Dun
Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya 
Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raya 
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Ismail Abd Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 
Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Menteri Belia dan Sukan
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Datuk Saravanan A/L Murugan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Halimah Mohd Sadique

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Ir Hamim Samuri

Menteri Pendidikan 
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan 
P. Kamalanathan
Chong Sin Woon

Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Jailani Johari



Senarai yang digugurkan:

Menteri
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
Datuk Seri  G. Palanivel
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Seri Hasan Malek
Datuk Dr Ewon Ebin

Timbalan Menteri
Datuk Abd Rahim Bakri


sumber : shonline

Wednesday, 22 July 2015

Jika Sah Kertas Al Quran, Perlu Kutip Semula Cebisan Dan Abu Untuk Dibuang Ke Dalam Laut Atau Sungai - Mufti

Posted By: readnext - 20:22



Berikutkan tersebarnya gambar-gambar mercun papan yang menggunakan kertas Al Quran sebagai bahan balutannya pelbagai pihak memberikan komen.

Memetik laporan The Rakyat Post, portal berkenaan telah menghubungi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk mengetahui tentang perkara ini.


"Jika meyakini kertas balutan mercun itu adalah dari helaian kertas al-Quran, perlulah mengutip semula kertas yang terbakar itu dan dibuang ke sungai atau laut."

“Helaian kertas al-Quran tidak boleh dibiarkan terbakar tanpa membuang cebisan atau abunya ke sungai atau ke laut untuk melupuskannya,” ujarnya.


Menurut Mufti Perak itu lagi, permainan mercun itu sendiri sudah dilarang oleh kerajaan kerana ia merbahaya dan banyak memudaratkan orang yang bermainnya.

“Benda kalau sudah di haramkan (dilarang) tetap haram tetapi ada umat Islam degil. Tiap tahun bila tiba hari raya mereka nak main mercun atau buat mercun sendiri.

“Ada yang hilang jari, hilang mata dan kecacatan seumur hidup, itukan merugikan diri sendiri.” ujarnya. - Siakapkeli.my


sumber : siakapkeli

Kanak-kanak Dihujani Bantuan Setelah Gambarnya Belajar Di Tepi McDonalds Untuk "Pinjam" Lampu Jadi Viral

Posted By: readnext - 20:05



MANILA: Setelah gambarnya mengulangkaji di atas bangku bertemankan lampu malap dari McDonald menjadi viral di media sosial, pelbagai bantuan dihulurkan oleh pelbagai pihak yang terharu dengan usaha kanak-kanak dari Filipina itu untuk belajar.

Daniel Cabrera, 9, diberikan pelbagai bantuan termasukalah dalam bentuk derma, bantuan peralatan sekolah dan juga biasiswa untuk belajar di sebuah kolej.


Ibunya, Christina Espinosa , 42, memberitahu agensi berita AFP pada Jumaat : "Kami sangat bersyukur. Saya tak tahu apa yang akan saya buat dengan kesemua rahmat (bantuan) ini".

"Kini, Daniel sudah tak perlu lagi bersusah payah untuk menyiapkan kerja sekolahnya", kata Christina Espinosa  yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit dan pembantu rumah.

Gambar kanak-kanak itu yang kelihatan cuba "meminjam" lampu dari restoran McDonald mula disebar oleh seorang pelajar dari sebuah koleh sebulan yang lalu.

Pelajar kolej terbabit, Joyce Torrefranca, 20, memuat naik gambar itu dengan kapsyen "Kanak-kanak ini telah memberi inspirasi kepada saya".


Gambar itu dikongsi sebanyak 7,000 kali di Facebook.

Espinosa tinggal di kedai runcit mini milik bosnya bersama tiga orang anak, termasuklah Cabrera. Mereka tinggal di tempat itu sejak lima tahun lalu apabila rumah mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran.

Menurut Espinosa, gaji yang diperolehnya setiap hari cuma berjumlah 80 peso (RM19.20) hasil penat lelah bekerja sebagai pembantu kedai runcit dan pembantu rumah.

Espionosa menyifatkan Cabrera sebagai seorang anak yang cukup fokus dan laparkan pendidikan.

"Dia sangat rajin dan bersungguh-sungguh untuk belajar. Dia tetap degil untuk ke sekolah walaupun tidak mempunyai sebarang duit poket kerana saya tidak mempunyai wang untuk diberikan."

"Dia selalu memberitahu saya, 'Mama, saya tak mahu hidup susah sepanjang hidup, saya mahu mengejar cita-cita saya'". tambah Espionosa lagi. Cabrera bercita-cita untuk menjadi seorang polis.

Cabrera telah menjadi 'simbolik' kepada kanak-kanak miskin di bandar tersebut yang memberi alasan tidak dapat belajar kerana tidak mempunyai bekalan elektrik.

Kebanyakan kanak-kanak di sini yang senasib dengan Cabrera sudah putus  harapan untuk belajar dan ada yang bekerja sebagai peminta sedekah. - Siakapkeli.my


sumber : siakapkeli

Tuesday, 21 July 2015

Status Lelaki Ini Ucap "Terima Kasih Polis" Jadi Viral

Posted By: readnext - 20:24



Status seorang lelaki mengucap terima kasih kepada PDRM menjadi viral di media sosial.

Menerusi status terbabit, difahamkan lelaki terbabit berbuat demikian setelah dia terserempak dengan empat pegawai polis yang masih lagi bertugas di hari raya pertama.


Menurut pemuat status berkenaan, Victor Chan, dia dalam perjalanan ke rumah apabila terserempak dengan satu roadblock di jalan bertentangan. Victor berkata kelihatan empat pegawai polis sedang berada di meja untuk menjamu hidangan tengahhari.

Rasa kesian dengan nasib polis-polis berkenaan, Victor mengambil inisiatif membeli hamper dari sebuah kedai dan menghadiahkan kepada kumpulan polis tersebut.

"Ini untuk kamu dan rakan sekerja kamu, hari ni hari raya, kamu sepatutnya berada bersama keluarga, bukan bekerja. Jadi ini cara saya mengucapkan terima kasih kerana tetap menjalankan tugas kamu sebagai polis", kata Victor kepada polis berkenaan.



Status dari Victor telah menjadi viral dan ada yang memandang negatif dengan perbuatan Victor sehingga ada yang menyifatkannya seolah-olah sebagai satu bentuk rasuah.


Victor kemudiannya menjernihkan keadaan dengan memuat naik satu status yang menjelaskan niat sebenarnya memuat naik status sebelum ini.

Menurut Victor, niatnya memuat naik apa yang dilakukannya hanya bertujuan untuk menyebarkan benda yang bagus. - Siakapkeli.my



sumber : siakapkeli

Monday, 13 July 2015

Jualan Susu Kambing Paling Segar Di Dunia

Posted By: readnext - 02:44



Susah sekarang untuk mendapatkan susu segar yang betul-betul segar, tetapi tidak bagi penduduk sebuah jalanan di  Xi’an, China di mana ada sepasang suami isteri menjual susu kambing yang paling segar.

Kenapa SK katakan segar? kerana anda hanya perlu pergi dan memesan susu kambing mereka akan akan terus memerah terus dari kambing yang di bawa.


Lepas perah terus susu tersebut sampai ketangan anda tanpa campuran sebarang ataupun pengawet.

Idea mereka membuka perniagaan seperti ini mendapat reaksi yang memberangsangkan daripada penduduk tempatan di mana kerana usaha ini mereka kini mempunyai pelanggan tetap yang mahu meneguk susu asli dan segar ini.





Mereka memerah terus di hadapan pembeli dan juga dibenarkan jika pelanggan ingin memerah sendiri susu dari kambing berkenaan.

Kambing-kambing yang di bawa adalah kambing jenis menghasilkan susu di mana dalam satu hari kambing berkenaan boleh menghasilkan kira-kira satu liter atau lebih susu.


Kambing berkenaan jika hnis susunya akan dibiarkan rehat dahulu dengan menggantikan kambing lain pada keesokan harinya.




Menurut mereka waktu yang paling sesuai untuk memerah susu adalah waktu petang di mana sewaktu itu susu yang diperah keluar begitu lancar dan mengalir laju.


Sebotol kecil susu kambing segar berkenaan dijual pada harga 10 Yuan China atau bersamaa RM6 sebotol 500 ml.

Mereka akan membawa empat ekor kambing setiap hari ke jalanan bandar yang terkenal dengan segmen permotoran di China itu. - Siakapkeli.my






Copyright © 2013 MediumMinda™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.